KL CHRONICLE: #DemiRakyat FELDA Tanggung 30% pinjaman #PTPTN anak FELDA

Wednesday, June 3, 2015

#DemiRakyat FELDA Tanggung 30% pinjaman #PTPTN anak FELDA


Kami di #KLChronicle menyambut baik langkah yang diambil oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang secara rasminya akan menaja 30% daripada jumlah pinjaman PTPTN yang diambil oleh anak FELDA untuk melanjutkan pelajaran mereka. Bagi kami, langkah murni yang diambil oleh FELDA ini sejajar dengan misi dan visi penubuhan FELDA iaitu untuk membantu golongan bumiputera. 



Umum ketahui bahawa harga kos sara hidup semakin meningkat dan oleh itu, menyedari bahawa rakyat memerlukan bantuan tabung PTPTN diwujudkan. Tabung ini adalah bagi membantu anak Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi mempunyai masalah kewangan. Susulan daripada kewujudan PTPTN, ramai anak Bumiputera yang berjaya melanjutkan pelajara ke universiti sekaligus meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga masing-masing. 

Dari sudut perspektif FELDA pula, bantuan 30% yang diberikan ini sedikit sebanyak adalah sumbangan FELDA kepada peneroka dan anak-anak peneroka atas usaha murni dan gigih yang diambil peneroka untuk menjayakan tanah-tanah yang diberi sekaligus memberi pulangan yang memberangsangkan kepada peneroka dan FELDA. Kerjasama yang erat ini oleh peneroka dan FELDA yang menjadi satu perkara yang ingin dipecahkan oleh pihak pembangkang terutamanya AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Dalam artikel kami sebelum ini, kami telah menceritakan bagaimana Mazlan Aliman telah didapati bersalah oleh Mahkamah kerana didapati bersalah memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melalui sebuah buku yang ditulis beliau iaitu Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long. Dikala FELDA dan peneroka masing-masing bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan, pemimpin PAS pula sibuk menjaja kesana-sini memfitnah FELDA. 

Persoalannya sekarang, 
apakah yang PAS telah lakukan untuk membantu peneroka FELDA? Kalau tidak ada elok anda diam sahaja dan biar FELDA melakukan kerja mereka tanpa gangguan. Anda hanyalah akan menjadi perosak kepada anak bangsa, bukan sahaja didalam FELDA malah seluruh negara.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget