Jika nak berbohong, kenapa perlu semak, audit, siasat dan buat pembetulan? Kan lebih baik buat macam Anwar Ibrahim, hanya perlu tidak mengaku, tangguh perbicaraan sehingga 6 tahun dan bagi alasan konspirasi untuk jatuhkan dia?
1. Jika PM berbohong tidak mungkin pembetulan dibuat. Jika pembetulan sudah dibuat maksudnya sudah tentu ada kesilapan maklumat yang diterima oleh MOF dan bukan mudah bagi MOF untuk menyemak dokumen-dokumen ini dengan mendalam seperti juru audit.
2. Isu pertama, isu hutang RM5.8 bilion yang dipinjamkan oleh 5 konsortium peminjam kepada 1MDB yang mana sebahagian daripadanya telah dilaburkan ke dalam Petrosaudi. Sebanyak RM2 bilion daripada hutang ini telah dibayar penuh lebih awal dari jadual seperti dalam perjanjian. Baki RM3.8 bilion telah di'convert' kepada term loan yang tamat pada 2024.
3. Isu ketiga adalah isu pelaburan USD1 bilion ke dalam Petrosaudi. Petrosaudi telah memaklumkan bahawa mereka telah memulangkan jumlah ini bersama keuntungan sebanyak USD 488 bilion, dan ini telah dinyatakan dalam akaun beraudit 1MDB
4. Isu keempat, sebahagian daripada jumlah wang daripada pelaburan dalam Petrosaudi telah dikeluarkan dan bakinya sebanyak USD 1.01 bilion masih ada di Singapura dalam bentuk aset yang belum nyatakan. Maksudnya, wang yang dikeluarkan dalam tranche yang pertama benar2 wujud dan oleh kerana baki wang ini disimpan dalam bentuk aset yang lebih terlidung nilainya berbanding matawang, maka ia perlu dicairkan terlebih dulu.
5. Kenyataan telah dibuat oleh MOF berdasarkan maklumat yang diberikan dan pembetulan fakta telah dibuat. Sudah tentu maklumat yang lebih mendalam dan terperinci mengenai baki ini akan disahkan oleh Ketua Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam bulan Jun nanti.
tun faisal dot com: 1MDB: Tak perlu buat pembetulan jika @NajibRazak mahu berbohong - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/05/1mdb-tak-perlu-buat-pembetulan-jika.html?m=1
10 comments:
Pasal apa boleh berlaku 'kesilapan' atau 'kesilapan' itu disengajakan dengan harapan tak akan terbongkar.
Tetapi bila makin banyak Najib kelentong, bila makin banyak para Abu Jahal Tukang Jawab Najib merapu itu dan ini, akhirnya makin banyak dah terdedah.
Kalau betul kesilapan, mengapakah dalam tempoh sebulan lebih ini, pendedahan dari macam-macam sumber termasuk pendedahan oleh Sarawak Report, dari Tun Dr. Mahathir mengenai sebenarnya yang disimpan di BSI Singapore Limited itu bukannya wang tunai USD 1.103 bilion, tetapi paper asset yang tak diketahui jumlahnya, mengapakah ketika itu pihak Kementerian Kewangan terutama Menteri Kewangan mengambil berat dan membetulkan apa yang dikatakan 'kesilapan' tadi?
Tindakan mendiamkan diri dalam tempoh sebulan lebih ini oleh Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan adalah boleh dianggap cubaan untuk menipu sidang dewan dan menipu kerajaan Malaysia bagi tujuan tertentu yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.
Najib dan orang-orang berkaitan di Kementerian Kewangan perlu ditangkap dan disiasat dan didakwa di mahkamah, kerana bukti penyelewengan dan jenayah yang mereka lakukan itu adalah sangat jelas.
Pihak berkuasa perlu bersikap telus di mana ketika ini kepercayaan rakyat terhadap Najib sangatlah rendah, kepercayaan kepada kerajaan juga adalah rendah walaupun tidaklah serendah kepercayaan rakyat terhadap Najib, jangan sampai agensi kerajaan juga tidak dipercayai oleh rakyat kelak.
Tindakan tegas perlu diambil kerana apa yang dilakukan itu sangatlah menjejaskan maruah serta merugikan kerajaan dan negara serta rakyat. USD 1.103 bilion itu adalah wang hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, jika 1MDB gagal membayarnya maka kerajaan yang kena bayar, gunakan wang perbendaharaan negara yang sepatutnya digunakan untuk buat sekolah, buat hospital, buat jalan raya, buat jambatan, serta pembangunan lain untuk rakyat. USD 1.103 bilion itu jika ditukarkan ke nilai RM mencecah lebih kurang RM 4 bilion, jadi ini melibatkan kepentingan negara, kerajaan, dan rakyat, oleh itu, tindakan tegas perlu diambil dengan kadar yang segera yang boleh.
Lepas ini mungkin misteri joint venture pengeluaran petroleum di Turkmenistan, di Argentina kononnya dijalankan oleh 1MDB dan syarikat kerjasamanya itu akan terbongkar juga.
Hingga kini tiada penjelasan mengenai perkara ini.
Rakyat perlu tahu kerana 1MDB sudah jadi seperti pertubuhan penyangak dan penyamun yang melingkupkan dan merompak harta rakyat sekarang ini.
Serta misteri paling besar setakat yang menjadi perhatian umum ketika ini mengenai 1MDB adalah tentang status telaga-telaga petroleum di perairan Terengganu, apakah milik Malaysia atau telah digadaikan kepada pihak luar.
Jika hal ini juga meletup kelak, maka, tak ada cara lain lagi, Najib perlu dihadapkan ke mahkamah, dan para pengkomplot perlu ditangkap bersama Najib, dikurung di lokap serta dihadapkan ke mahkamah untuk pengadilan.
Kalau betul Petrosaudi dah pulangkan pelaburan itu beserta keuntungan sampai hampir USD 500 bilion, mengapakah 1MDB tak selesaikan sahaja hutangnya, baru 10% dari jumlah keuntungan itu sahaja.
Para Abu Jahal Tukang Jawab Najib ini makin hari makin tak betul pemikiran mereka, mereka suka membohong orang ramai, makin kuat mereka membohong, makin terdedah kejahatan mereka itu.
Kejahatan tak boleh diselindungkan dengan mengainaya orang lain atau membuat perkara jahat lain, kerana akan terdedah jua akhirnya.
Perniagaan 1MDB ini kalau mengikut omongan dari Tun Faisal ini sangat menguntungkan, dengan hanya modal pelaburan RM 5.8 bilion, boleh mendapat untung hampir 100 kali ganda iaitu hampir RM 500 bilion.
Patutnya segala hutang piutang 1MDB dah selesai, malahan 1MDB boleh mulakan projek pusat komersil Bumiputera di TRX dan Bandar Malaysia di Sungai Besi dengan menggunakan keuntungan yang diperloleh itu, tak sampai 10 bilion ringgit pun untuk bangunkan kedua-dua kawasan itu, lebih kurang 20% sahaja keuntungan yang digunakan, malah boleh dijana untuk menambah keuntungan.
Tetapi apakah yang diomongkan oleh Tun Faisal ini fakta atau hanya dongengan oleh penglipur lara untuk mengabui mata masyarakat supaya rasa syok dengan angka-angka yang diberikan sedangkan hakikatnya sangatlah buruk dan berlawan sekali dengan apa yang dinyatakan itu.
Kita juga mahu tahu apakah 'aset' atau 'unit' yang disimpan oleh 1MDB di Singapura itu, apakah 'aset' dan 'unit' itu bernilai sekurang-kurangnya USD 1.103 bilion atau hanya sekali lagi penipuan untuk menutup penipuan yang sebelumnya.
Sama-samalah kita nantikan.
Hebt anon yg kt atas tu bg kenyataan bersambung2 , bro klau dh semua kau tk percaya bg la apa keputusan pn kau ttp tk akan percaya , jd bro bawa bertenang
Bawa bertenang apa lagi Rizal Zainal? Sudahlah Najib menipu dalam keterangannya mengenai wang 1MDB yang berjumlah USD 1.103 bilion yang dikatakan disimpan di BSI Singapore Limited dalam bentuk wang tunai, kemudian buat u-turn kata simpan aset, lepas tu kata simpan unit, lepas ni apa lagi auta mereka? Malahan aset atau unit itu ke tak diketahui apa kejadahnya, dadah ke, senjata api ke, daun terup ke, apa dia pun tak tahulah. Jumlah sebenar pun tak diterangkan. Bila ditanya just unit sahajalah jawapannya.
Saya memang dah hilang kepercayaan kepada Najib dan 1MDB serta orang-orang yang terlibat. Mereka ni macam penyamun, penipu, menipu itu dan ini sesuka hati.
Malahan hari ini, patutnya Arul Kanda dan Shahrol, CEO dan mantan CEO 1MDB disoal jawab oleh PAC, tapi kedua-duanya lari, beri alasan ada kerja luar, beri alasan kena ambil masa 1 bulan, apa ini semua?
Bak kata Din Turtle, jawapan dari Najib serta kuncu-kuncunya adalah wirid Tunggu Audit, Tunggu Audit, Tunggu Audit...... la la la
Orang yang menguruskan 1MDB takkan tak tahu, mereka ini hanya nak larikan diri dari tanggungjawab selepas mereka disyaki merompak harta negara melalui 1MDB selama ini.
Kangkung terpaksa buat pembetulan sebab dah tak boleh ELAK lagi.
MAS Singapura sudah buat kenyataan yg BSI TAKDE wang tunai.
Aisehman ... penjilat kangkung pun sama blur sotong.
Post a Comment