KL CHRONICLE: FELDA Kini Hasilkan Pelet Bahan Api Berkualiti Tinggi, Bakal Jana Pendapatan Lumayan

Monday, May 25, 2015

FELDA Kini Hasilkan Pelet Bahan Api Berkualiti Tinggi, Bakal Jana Pendapatan Lumayan

Kerjasama FGV & ECN bakal menambah pendapatan FELDA
Menyedari bahawa industri sawit semakin kompetitif dan "margin" keuntungan semakin berkurangan, FELDA melalui Felda Global Ventures (FGV) telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan melakukan kerjasama strategik dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) bagi menghasilkan palet bahan api yang berkualiti tinggi. 



Bagi yang kurang arif, Energy research Centre of the Netherlands (ECN) merupakan institut penyelidikan tenaga terbesar di Belanda dan mempunyai hampir 500 orang penyelidik. ECN juga terlibat dalam penyelidikan yang dibiayai oleh negara seperti Belgiyum, China dan sebagainya dimana hasil penyelidikan ECN mempunyai kesan signifikan terhadap kehidupan seharian kita. 

Proses pelet dihasilkan
Dalam kerjasama dengan FGV, umum ketahui bahawa FGV merupakan antara pemain global dalam industri kelapa sawit dan mempunyai jumlah buah kelapa sawit yang sangat tinggi. Sebelum ini tandan kelapa sawit yang kosong akan dibuang ataupun dibakar begitu sahaja. Namun kerjasama dengan ECN ini ianya akan diproses dan menjadi pelet berkualiti tinggi seterusnya menjana sumber pendapatan baharu FGV.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan bijak dan proaktif FGV ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan dipuji. Dikala FELDA terus diasak oleh pihak pembangkang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan hanya disebabkan oleh kepentingan politik, kakitangan di FELDA tetap terus melakukan tugasan yang diberi dengan penuh dedikasi demi memastikan masa depan peneroka serta generasi kedua FELDA terus terjamin. Syabas!



1 comment:

Natalia Zimniewicz said...

Świetnie napisane. Pozdrawiam serdecznie.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget