Saturday, May 23, 2015

PM @NajibRazak : Saya Bukan Seorang yang Mengelak Tanggungjawab #KekalNajib



Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan rakyat Malaysia sekarang bukan masanya untuk bergaduh sesama sendiri atau menggesa sesiapa meletak jawatan, mengatakan terdapat banyak cabaran di hadapan yang perlu ditangani.



Bercakap di hadapan kira-kira 12,000 orang di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng, Perak, beliau berkata, sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab menyelesaikan banyak perkara, dan telah dan akan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi rakyat.


"Semuanya akhirnya sampai kepada perdana menteri dan dikaitkan dengan perdana menteri," katanya dalam ucapan ketika dalam rangka lawatan ke Perak.

"Longkang tersumbat depan rumah, bekalan elektrik untuk projek perumahan, orang kena culik di Sandakan dan orang Rohingya tidak boleh mendarat... ini belum kira lagi masalah berbangkit yang lain.

"Tetapi saya bukan seorang yang mengelak tanggungjawab... sebab ini sebahagian tanggungjawab perdana menteri, dan saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Katanya, cabaran hari ini berbeza dengan sebelum ini kerana media sosial berupaya menyebarluaskan sesuatu kandungan tulisan atau percakapan.

"Dahulu tidak ada media sosial dan istilah 'viral'. Dulu kalau surat khabar tidak keluar, tidak adalah cerita.

"Tetapi hari ini tulis saja dalam blog, tulis dalam Twitter, dalam Facebook, sudah boleh jadi viral.

"Dan ini adalah cabaran yang ada pada kita, bagaimana kita hendak menangani semua ini," katanya kepada hadirin.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno serta parti komponen yang lain kini membina satu institusi yang tiada tolok bandingnya.

"Saya dah pergi ke banyak negara. Parti-parti lama banyak yang dah terkubur atau hilang kuasa tetapi BN dan Umno masih lagi gagah berdiri, dan ini mesti kita pertahankan," katanya. – 23 Mei, 2015.

5 comments:

  1. Hahahaha

    tetapi kangkung cuma tak tahu nak uruskan tanggungjawab PM

    asyik blur sotong macam mana nak urus

    sikit sikit solidariti memang bangang

    ReplyDelete
  2. Merungut jadi PM kena selesaikan itu ini.. baik letak jawatan aje..kan senang main2 dgn cucu

    ReplyDelete
  3. "longkang sumbat pun salah PM"

    apa jenis pemimpin ni asyik mengomel aje

    ReplyDelete
  4. 12 ribu yang datang tu datang dengan sukarela seperti kehadiran orang ramai mendengar penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai 1MDB dan status ekonomi Malaysia atau sebenarnya juak-juak Najib angkut guna bas, lepas tu diberikan bayaran, di berikan makan minum lagi?

    Najib dan kuncu-kuncu serta blogger belaan Najib jangan ingat sekarang ni seperti zaman 60 an atau keadaan di Malaysia ini seperti di Nepal, Papua New Guinea, Zaire di mana maklumat sukar diperolehi dan hanya dengan media-media arus perdana sahaja.

    Sekarang ni zaman maklumat, malahan di sini adalah Malaysia, rakyat ada macam-macam maklumat, jangan nak tipu rakyat lagilah.

    Kalau Najib bukan seorang yang mengelak tanggungjawab, mengapakah dia tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir bagi pihak rakyat itu?

    Makin banyak Najib bercakap, makin terserlah kebodohannya, makin terserlah sikap menipu cara bodohnya itu yang setaraf dengan Mat Sabu, Mahfuz, Lim Kit Siang dan puak-puak Pakatan yang makin banyak cakap makin jelas dan terserlah kebodohan mereka itu.

    Isunya sekarang ini, majoriti rakyat terutama penyokong Barisan Nasional walaupun bukan mana-mana ahli dalam parti komponen Barisan Nasional bukanlah menolak Barisan Nasional, tetapi rakyat menolak pemimpin menyeleweng, pemimpin khianat, pemimpin penipu, pemimpin perosak negara.

    Najib boleh cakap itu dan ini, Najib oleh maki hamun Tun Dr. Mahathir puas-puas, etapi semua itu hanya akan menambahkan benci rakyat kepada Najib dan itu semua akan menyebabkan Barisan Nasional juga menerima tempiasnya.

    Najib kalau benar-benar bertanggungjawab, maka dia perlu jelaskan isu mengenai 1MDB dan keadaan ekonomi negara yang sekarang ini begitu tenat, rakyat tahu semua ini kerana rakyat ada maklumat, Najib nak menipu rakyat seolah-olah rakyat negara ini berkeadaan seperti di zaman 60an, seperti rakyat Nepal, Papua New Guinea, Zaire yang kurang maklumat, maka Najib silab besarlah, rakyat boleh terima Barisan Nasional walaupun majoritinya mereka tak anggotai mana-mana parti komponen Barisan Nasional pun, tetapi kalau Najib menggunakaN 154 ketua bahagian UMNO, para ahli parlimen Barisan Nasional untuk kata dia kuat sangat, maka nanti jangan dirayu undi dari rakyat yang bukan ahli parti komponen ini, mintalah undi dari 154 ketua bahagian UMNO, mintalah undi dari ahli-ahli UMNO yang juga ramai meluat dengan Najib, mintalah undi dari pimpinan parti komponen yang kononnya sokong Najib sangat itu, jangan minta sokongan pengundi atas pagar ini.

    Jika Barisan Nasional mahu mendapat sokongan rakyat, maka Najib perlu meletak jawatan atau didesak letak jawatan, atau dipecat dari UMNO kerana rakyat sudah tak boleh menerima kepimpinan yang menyeleweng, menipu serta mengkhianati negara dan rakyat.

    Pilihan ditangan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terpulanglah, nak menyimpan dan memikul 'biawak hidup' hingga dengan kamu semua lingkup, atau nak mengutamakan kepentingan parti.

    ReplyDelete
  5. Isu kad topup pun kerajaan Najib tak mampu nak tangani, caca marba sanga sini, keputusan macam-macam, sekejap begini, sekejap begitu, rakyat pun pelik dengan kerajaan sekarang ini yang seperti hilang arah tujuan.

    Malahan dalam isu USD 1.103 bilion dana yang dihutang oleh 1MDB yang mana dana itu dikatakan dilaburkan di Cayman Island, kemudiannya dikatakan dah ditebus dan disimpan secara tunai di BSI Singapore Limited, tetapi berdasarkan maklumat, yang disimpan di BSI Singapore Limited itu bukanlah dalam bentuk tunai, tapi dalam paper asset yang jumlahnya sendiri tak diketahui berapa sebenarnya.

    Najib dan kuncu-kuncu menafikan hal ini, malahan blogger Najib termasuklah KL Chronicle juga membela Najib dan menuduh orang yang mengatakan USD 1.103 bilion itu tak disimpan di BSI Singapore Limited kerana hanya paper asset yang disimpan di bank itu dengan macam-macam tuduhan.

    Najib juga memberikan keterangan bertulis kepada sidang parlimen bahawa wang tunai USD 1.103 bilion itu disimpan di parlimen dalam sidang parlimen dalam bulan april 2015.

    Malahan CEO 1MDB mengatakan dia dah lihat penyata bahawa USD 1.103 bilion itu disimpan di BSI Singapore Limited itu.

    Tetapi akhirnya beberapa hari yang lalu, Najib sendiri mengaku dalam jawapannya dan keterangannya kepada sidang parlimen bahawa yang disimpan di BSI Singapore Limited bukanlah wang tunai, tetapi hanyalah paper asset yang tak diketahaui bentuknya, malahan jumlahnya juga tak diterangkan dengan jelas.

    Dengan sesuka hati, tanpa ada rasa malu Najib boleh buat konar baring tukar kenyataan keterangan dalam parlimen begitu sahaja. Najib ni perangai macam Anwar, boleh tukar kenyataan sesuka hati walaupun sebelum ini beri sesuatu kenyataan dan kata benar sangatlah kenyataan itu, tetapi kemudiannya tukar, dan terus tukar, putar dan terus putar.

    Najib sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberikan keterangan palsu di dalam sidang DUN, memberikan maklumat palsu dan keterangan palsu di dalam sidang DUN atau Parlimen adalah suatu kesalahan yang sangat besar.

    Tetapi hingga kini tiada tindakan ini dikenakan.

    Diyakini bahawa pihak pembangkang akan membiarkan isu 1MDB ini berterusan, dan mereka lebih suka Najib jadi Perdana Menteri lagi dan meneruskan segala kerosakan yang dibuat itu, kerana mereka boleh gunakan isu ini untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak.

    Pimpinan UMNO dan parti komponen Barisan Nasional masih bebal dan dungu tidak melihat bahaya besar kepada parti dan negara, samada mereka tak sedar atau mereka hanya menjaga kepentingan diri dan lantaklah apa jadi dengan parti pun mereka tak peduli, kerana mereka boleh kautim dengan Najib untuk kaut seberapa banyak yang boleh dalam beberapa tahun ini, lepas tu parti kalah pun mereka sudah tak peduli kerana mereka dah kaut apa yang patut.

    Barisan Nasional lingkup kerana pemimpin khianat seperti inilah.

    Ahli akar umbi sekalian, sedarlah, takkan kita nak biarkan Barisan Nasional lingkup sedangkan pimpinan atasan kaut itu dan ini dan membiarkan parti rosak binasa begitu sahaja.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete