Sunday, May 24, 2015

Kritikan Tun Mahathir Faktor Utama Kemenangan PKR di Permatang Pauh



Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.


Kenyataan itu dibuat berdasarkan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati 55 peratus undi telah memihak kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada sebelum hari pencalonan.

Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, peratusan itu terus meningkat selepas itu sehinggalah hari pengundian.

“55 peratus pengundi di Permatang Pauh sebelum penamaan calon bersetuju bahawa desakan Dr Mahathir supaya Najib berundur telah mendorong mereka menyokong calon Pakatan Rakyat (PR).

“Peratus tersebut terus meningkat kepada 63 peratus selepas proses penamaan calon dilakukan pada 25 Mei lalu,” katanya dalam Program Siri Dialog Darul Ehsan 1/2015 yang bertajuk PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara di Universiti Selangor (UNISEL) pada Jumaat.

Mohammad Redzuan berkata, faktor lain menyumbang kemenangan Wan Azizah ialah isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta ketidakadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Katanya, kaji selidik sebelum penamaan calon mendapati 61 peratus pengundi menyatakan pelaksanaan GST telah mendorong mereka untuk menyokong PR.

3 comments:

  1. Tun Dr. Mahathir menyatakan perkara yang benar, takkan nak biarkan Najib menjahanamkan negara ini baru kita nak sibuk panggil mesyuarat nak bincangkan itu dan ini?

    Isu penolakkan rakyat terutama pengundi di Permatang Pauh dan di Rompin adalah kerana isu penyelewengan 1MDB serta pengurusan negara yang caca marba dan tunggang oleh Najib.

    Tun Dr. Mahahtir telah lama menasihati Najib, tetapi Najib ni seperti tunggul, tak mengerti akan nasihat orang lain. Bukannya Tun Dr. Mahathir sahaja yang berpendirian sebegitu, ramai veteran UMNO sendiri melihat Najib makin hari makin berbahaya kepada kelangsungan kekuasaan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia serta membahayakan negara Malaysia ini sendiri.

    Dalam isu kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pauh dan kemerosotan undi majoriti lebih 40% di Rompin, puncanya adalah Najib sendiri tidak menjawab apa yang disoalkan oleh Tun Dr. Mahathir dimana soalan oleh Tun Dr. Mahathir adalah juga sama dengan soalan rakyat.

    Malahan kalau Najib jawab pun, dengan jawapan yang tunggang langgang, macam isu GST, sebelum perlaksanaan GST, kata kad topup tak kena GST, tapi bila dah dilaksana kata kad topup tetap dikenakan GST.

    Persoalan dalam isu GST kad topup itu adalah sebelum dilaksanakan GST kata tak kena GST, lepas tu dikenakan GST, kemudian bila rakyat bising, agensi yang mengelola GST iaitu kastam kata kad topup tak akan dikenakan GST, tetapi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang tak ada kena mengena dengan operasi GST pula pandai-pandai kata kad topup akan tetap dikenakan GST dan kerajaan mengikut cakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, tak lama lepas itu kata pula akan kaji dan nak syarikat telekomunikasi mansuhkan GST terhadap kad topup, lepas tu tukar itu dan ini setiap hari hingga rakyat pun pening.

    Kemudian macam isu 1MDB, ambil satu kes sahajalah, macam isu USD 1.103 bilion wang yang dihutang oleh 1MDB yang dikatakan dilaburkan di Cayman Island, kemudian dah tebus pelaburan itu dan bawa USD 1.103 bilion dan disimpan di BSI Singapore Limited kononnya Bank Negara Malaysia payah kira, sampaikan Bank Negara Malaysia pun dikambing hitamkan.

    Tak cukup dengan itu, CEO 1MDB kata dah lihat penyata wang USD 1.103 bilion milik 1MDB yang disimpan di BSI Singapore Limited itu.

    Malahan Najib juga beri keterangan secara bertulis di parlimen, kata USD 1.103 bilion wang 1MDB yang dihutang itu disimpan di BSI Singapore Limited, disimpan dalam bentuk wang tunai.

    Tetapi baru-baru ini, Najib buat konar baring sambil whilly, kata yang disimpan di BSI Singapore Limited itu bukannya wang tunai, tetapi dalam bentuk asset, paper asset, tetapi tak diterangkan bentuk aset itu samada bon, dibentur, saham, saham keutamaan, emas ke, berlian ke, cincin 24 juta ke, tak diterangkan, malahan jumlah sebenar 'aset' itu pun tak diterangkan.

    Lepas buat konar baring sambil whilly mengenai isu USD 1.103 bilion itu, maka Najib pun terbabaslah, kena lanyak dengan rakyat. Najib dengan muka tak tahu malu, kerahkan para juak-juak belaan Najib supaya sewa bas, angkut seberapa ramai orang, beri makan, beri t-shirt, beri wang, beri itu dan ini untuk mereka datang dan tayang dalam televisyen kononnya 40 ribu, 12 ribu, entah berapa ribu lagi lepas ini yang menyokong Najib, sedangkan mereka yang datang tu bukannya sokong Najib pun, tapi diangkut guna bas, beri habuan itu ini sikit, datanglah, mereka pun meluat dengar Najib melalak atas pentas ceramah membohong itu dan ini itu.

    Isu sebenar adalah Najib menipu rakyat, Najib menyelewengkan harta negara, Najib merosakkan negara ini.

    Kalau Najib jawab semua isu ini dengan jujur, kemelut ini tak akan melarat hingga sebegini rupa.

    ReplyDelete
  2. Isu 1MDB memang isu yang sangat penting, tapi Najib buat tak peduli, kononnya dia dapat sokongan rakyat kerana 154 ketua bahagian dan pimpinan utama sayap UMNO serta ketua-ketua parti komponen memberikan sokongan kepadanya.

    Tetapi bila Najib tahu bahawa orang ramai hadir ke program penerangan mengenai isu 1MDB dan isu-isu status ekonomi negara yang dah terumbang ambil yang mana ceramah penerangan itu disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir, orang ramai datang berpusu-pusu hingga sesak dewan, hingga kena pasang skrin besar di luar dewan untuk rakyat mendengar penerangan dari Tun Dr. Mahathir. Malahan wartawan dalam dan luar negara pun datang untuk membuat liputan, maka Najib pun nak tiru macam Tun Dr. Mahathir pula.

    Tapi Najib tau rakyat tak akan datang seramai program Tun Dr. Mahathir itu, maka Najib kerahkan juak-juaknya sewa bas, lori, beca kereta prebet sapu dan sebagainya untuk angkut orang ramai ke program 'penerangan' oleh Najib pula.

    Dalam program 'penerangan' oleh Najib itu, Najib hanya menafikan itu dan ini tanpa fakta, lepas tu menghina dan mencaci Tun Dr. Mahathir, tak cukup dengan itu, Najib memuji diri sendiri dan mengerahkan juak-juaknya menyuruh orang ramai bertepuk tangan walaupun ramai yang meluat, cuma kuncu-kuncu sahaja yang tepuk tangan.

    Beza antara program penerangan oleh Tun Dr. Mahathir, beliau menerangan sesuatu dengan fakta, dengan bukti.

    Tetapi Najib pula hanya menafikan, suruh orang sokong dia, tak ada bukti, lepas tu menuduh yang bukan-bukan tanpa fakta.

    Macam semalam di Gopeng, Najib suruh rakyat sokong dia, katanya kena sokong pemimpin baru parti kuat.

    Tetapi Najib pun bengong juga, takkan nak menyokong pemimpin membuta tuli, kalau pemimpim makan taik pun takkan rakyat nak kena sokong? Kalau pemimpim ambik taik sapu di muka rakyat, takkan rakyat nak kena sokong juga?

    Kalau Najib nak sokongan rakyat, berikan penjelasan mengenai 1MDB dan buktikan dia tak menyeleweng dalam 1MDB, maka rakyat boleh sokonglah kalau benar Najib ni tak menyelewengn, kalau menyeleweng macam mana nak sokongan dari rakyat?

    Najib kata di Gopeng bahawa kerajaan menghadapi cabarang, tetapi bagi saya kerajaan bukannya hadapi cabarang, tetapi Najib yang menimbulkan masalah kepada kerajaan dan akhirnya masalah itu melarat sampai membebankan rakyat pula. Malahan masalah itu akan melarat hingga menjahanamkan negara ini jika Najib dengan cara syok sendiri tak tentu halanya itu.

    Blogger KL Chronicle tak sepatutnya menuduh kritikan Tun Dr. Mahathir sebagai punca utama kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pauh, tetapi punca utama semua itu adalah berpunca dari salah laku, penyelewengan, penipuan oleh Najib dan kuncu-kuncu.

    Sedarlah bahawa dalam keadaan sekarang ini, Najib perlu meletak jawatan, malahan kepimpinan yang menggantikan Najib perlu membuat siasatan menyeluruhan dan terperinci dan mengheret sesiapa sahaja yang mengkhianati negara dalam isu 1MDB itu termasuklah jika Najib sendiri yang terlibat, dia perlu dihadapkan ke mahkamah dan dihukum dengan keras selaras dengan ikrar sumpah taat setia memegang jawatan yang dibuatnya semasa menerima pelantikkan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

    Jika Barisan Nasional telus, maka rakyat akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional seperti di era Tun Dr. Mahathir dan perdana menteri-perdana menteri sebelum ini.

    ReplyDelete