Juruaudit gergasi antarabangsa Deloitte & Co tidak akan mengesahkan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar RM42 bilion "hilang" begitu sahaja dari dana itu, kata Datuk Seri Najib Razak kepada golongan veteran Umno semalam. .
Deloitte ialah juruaudit ketiga 1MDB sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menerajui pembangunan dalam sektor-sektor strategik. Perniagaan utama 1MDB ialah pembangunan hartanah dan utiliti seperti loji tenaga dan air.
"Tak adalah RM42 bilion lesap sebab akaun itu diaudit oleh Deloitte. Juruaudit ini kalau RM1 juta hilang pun dia tak akan tandatangan," katanya kepada anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).
"Ini RM42 bilion kata lesap, mana boleh lesap, tak lesap.. ada asetnya ada liabilitinya. Kalau kita ada formula, boleh selesai perkara ini.
"Tapi kalau kita politikkan, benda yang baik pun jadi tak baik," kata Najib pada majlis Sepetang Bersama Presiden di ibu pejabat Umno, petang ini.
Dalam ucapan sama, Najib turut mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini dikritik Dr Mahathir.
"Kalau dia tak setuju dengan BR1M, saya kata BR1M baik. Sekurang-kurangnya orang susah dapat bantuan kerajaan.
"Janganlah hendak buat projek besar sahaja. Kalau kita ada rezeki, ada kekayaan, sebahagian itu mestilah kita pindahkan pada orang yang susah," kata Najib.
Dr Mahathir sejak November tahun lalu mula mengkritik BR1M yang dianggapnya satu bentuk rasuah.
Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020, adalah sangat mengelirukan.
Najib juga mengulangi komennya terhadap Dr Mahathir yang menurutnya bertahan selama 22 tahun sebagai presiden Umno kerana sistem pemilihan parti yang tidak demokratik pada masa itu.
"Saya presiden parti pertama dipilih di bawah perlembagaan baru yang lebih terbuka, demokratik, berbanding masa dahulu.
"Kalau dulu, yang pilih 2,600 orang di Kuala Lumpur. Kalau untuk presiden, dulu ada sistem undi bonus.
"Bila undi bonus ganti dengan sistem kuota, bila hendak mencabar presiden, kena ada pencalonan 63 bahagian.
"Tuan-tuan ingat boleh dapat pencalonan 63 bahagian?" soalnya sambil menambah, kerana menggunakan sistem pemilihan yang lama, Dr Mahathir boleh kekal 22 tahun.
"Kalau saya hendak kekal pun saya boleh, jangan pinda perlembagaan. Tetapi saya hendak dipilih secara ikhlas oleh ahli parti.
"Kalau saya dipilih secara demokratik, kenapa pula hendak saya turun lepaskan jawatan? Saya akan teruskan perjuangan ini," kata Najib. – 18 Mei, 2015.
5 comments:
Bro dalam dunia ni segala gala nya boleh berputar dan berubah ini kan cuma juruaudit. Berapa banyak syarikat gergasi juruaudit yang turut sama terlibat dengan cara "pejam mata" dan memperaku sesuatu akaun yang bermasalah. Dalam dunia akaunting ni penuh dengan penipuan dimana angka angka boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada "permintaan" pelangan. Forensic Audit lebih diperlukan didalam skandal 1MDB ini dan bukannya sekadar audit biasa saja.
Tp bro ni 42 bilion , tkn la blh hlng mcm tu je , tun pn dh kta yg duit tu tk hlng
Sikangkung ni memang blur sotong!
Tun Dr M suruh dia letak jawatan PM lah bukan setakat Presiden UMNO.
Nampak sangat mutu pemikiran kangkung tahap budak sekolah PERMATA - hippo punya.
Yang memenangkan PM adalah rakyat yang mengundi bukan ahli penjilat saja.
Lagipun kayumati kunan dah memberi ugutan supaya top posts tak boleh diusik.
Apa punya pendekar Bugis yang takut hippo minang??
Deloitte given record £14m fine over MG Rover/Phoenix affair
Watchdog punishes accountants for conflicts of interest advising car firm and Four who bought it
http://www.independent.co.uk/news/business/news/deloitte-given-record-14m-fine-over-mgroverphoenix-affair-8805861.html
Accountancy firm Deloitte has been fined a record £14m by an industry tribunal as a result of advice it gave investors involved in collapsed British carmaker MG Rover.
http://www.bbc.com/news/business-24016262
Post a Comment