KL CHRONICLE: PM @NajibRazak Dengar Suara Rakyat, Akhirnya Presiden KTMB Ditukar #KekalNajib #KakWan4PP

Wednesday, May 6, 2015

PM @NajibRazak Dengar Suara Rakyat, Akhirnya Presiden KTMB Ditukar #KekalNajib #KakWan4PP



Kami di #KLChronicle ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak, pertama sekali atas kemenangan kukuh Barisan Nasional (BN) di Rompin, dimana calon BN Datuk Hasan Arifin telah menewaskan calon PAS dengan jumlah majoriti membanggakan iaitu 8,895 walaupun terpaksa berdepan dengan banyak isu-isu semasa serta fitnah yang dibawa oleh pembangkang. 



Kedua, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah mendengar suara hati rakyat bawahan yang selama ini mengeluh akibat operasi lemah syarikat milik kerajaan iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Umum ketahui bahawa bagi rakyat yang bekerja di Kuala Lumpur, KTM Komuter merupakan antara pengangkutan awam yang penting bagi menghubungkan bandar-bandar satelit seperti Shah Alam, Seremban dan Rawang ke kawasan utama Lembah Klang seperti KL Sentral dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. 

Menyedari bahawa rakyat semakin tertekan dengan operasi lemah KTMB dan juga masalah dalam seperti dengan kesatuan sekerja dan sebagainya, YAB Perdana Menteri telah menunjukkan keprihatinan beliau dengan melantik Lt. Kol (B) Sarbini Tajin sebagai Presiden KTMB yang baru menggantik Datuk Elias Kadir yang dilihat tidak mampu mentadbir KTMB dengan baik sehingga beberapa projek penting seperti Klang Valley Double Tracking (KVDT) tergendala sekaligus menyebabkan masalah kepada rakyat. 

Harapan kami di #KLChronicle adalah Presiden KTMB yang baru ini dapat bekerjasama dengan baik dengan Kementerian Pengangkutan, SPAD dan sebagainya bagi memastikan transormasi pengangkutan awam yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat. Ini penting kerana jika KTMB beroperasi dengan baik, ini sedikit sebanyak dapat menarik kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan dilihat kerajaan dan syarikat milik kerajaan lebih efisien dalam menjalankan tugas. 

Anda boleh membaca komen Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi di laman Facebook beliau [https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=809421215779007&id=708746809179782] dan cuba lihat komen-komen rakan Facebook beliau dimana ramai yang mahukan perkhidmatan KTMB yang lebih efisien dan yang lebih baik. Kami di #KLChronicle berharap  Lt. Kol (B) Sarbini Tajin dapat menjalankan amanah yang diberi oleh YAB Perdana Menteri dengan baik dan cemerlang. 

All the best & Good Luck!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget