KL CHRONICLE: @NajibRazak : ‘Orang luar’ cuba adu-domba pecahkan Umno #KekalNajib #UMNO69

Monday, May 11, 2015

@NajibRazak : ‘Orang luar’ cuba adu-domba pecahkan Umno #KekalNajib #UMNO69

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semasa di ulang tahun Umno ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 Mei, 2015.


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata "orang luar" Umno cuba mengadu domba dan memecah-belahkan parti Melayu itu dan ingin melihat pemimpin dan ahli mereka rasa "gelisah".

Berucap merasmikan ulang tahun Umno ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi, perdana menteri berkata mereka yang terbabit dalam usaha memecah belahkan parti itu bukanlah individu yang mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Umno.



"Hari ini kita sambut tarikh lahir kita... mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini antara yang terbaik yang pernah kita lakukan selama ini, kenapa? Kerana di luar macam-macam cerita, rekaan oleh pihak-pihak yang ingin melihat kita berpecah, adu domba antara kita, meracuni pemikiran kita menyebabkan kita gelisah.

"Mereka bukan orang yang sayang dan cintakan parti, hari ini saya lihat kematangan Majlis Tertinggi kerana seia sekata dengan kata-kata, bulat manis setinggi kata, mereka mahu melihat pucuk pimpinan, presiden dan timbalan presiden seiring dalam mentadbir," kata Najib.

Beliau berkata, penyatuan yang ditunjukkan dalam mesyuarat anggota Majlis Tertinggi yang berlangsung petang tadi juga adalah isyarat kukuh membuktikan pemimpin dan ahli Umno bersatu padu sehingga peringkat akar umbi.

"Ini juga harapan saya, semoga kalau kita ada pemimpin yang serasi, percaya mempercayai, maka sudah tentu ini akan jadi isyarat jelas.

"Kalau di atas kukuh, sudah tentu di bawah akan padu dalam semangat dan ikatan sebenar," katanya.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget