Kerajaan DAP tidak mahu warga Rohingya di negeri mereka |
Pulau Pinang tidak membenarkan pendatang Rohingya dan Bangladesh yang kini terkandas di tengah lautan ditempatkan di tanah milik kerajaan negeri, lapor The Star hari ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kepada akhbar itu, sejumlah 50,000 pelarian Rohingya berada di Pulau Pinang sejak 6 tahun lalu dan ia tidak boleh lagi membiarkan tanah kerajaan negeri digunakan untuk menempatkan mereka.
Katanya, pelarian itu perlu ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan kerana tiada lagi tanah kosong di negeri itu sama ada di bahagian pulau atau tanah besar.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri perlu dimaklumkan mengenai sebarang rancangan menempatkan pendatang berkenaan di negeri berkenaan.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sebelum ini mengatakan pelarian Rohingya mungkin akan ditempatkan di penempatan sementara di negeri di utara, termasuk Pulau Pinang.
Akhbar itu turut memetik beberapa badan bukan kerajaan dan badan industri yang menegaskan ruang dan sumber yang cukup perlu disediakan jika Pulau Pinang dijadikan lokasi penempatan pendatang.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang Datuk Jerry Chan dilaporkan The Star berkata, Pulau Pinang boleh dijadikan penempatan sementara pendatang.
"Penempatan itu perlu ada kemudahan asas dan kebersihan yang baik, penjagaan kesihatan dan unsur-unsur sosio-budaya.
"Mungkin ketua polis negara tahu sesuatu yang kita tidak tahu. Mungkin dia memikirkan Pulau Jerejak. Kami juga sedang memikirkan di mana lokasi sesuai yang difikirkannya. Negeri terlalu padat," beliau dipetik berkata.
Akhbar itu juga memetik presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia negeri K Koris Atan yang berkata, Pulau Pinang beberapa dekad yang lalu mempunyai imej 'negeri tahanan' apabila Pulau Jerejak digunakan bagi menempatkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Mengapa ketua polis negara mencadangkan Pulau Pinang? Ia seharusnya berada di dalam negeri yang besar seperti Pahang," katanya.
Sementara itu, exco kerajaan negeri Phee Boon Poh bagaimanapun dilaporkan berkata, pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth satu-satunya tempat sesuai untuk menempatkan pendatang memandangkan ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.
"Kami sedang menunggu Majlis Keselamatan Negara untuk menghubungi kami supaya kita boleh bekerja bersama-sama," kata exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar Pulau Pinang itu
Jangan menggelapu menerima pelarian Rohingya dan Bangladesh duduk percuma di tanah bukan kepunyaan datuk nenek mereka.
ReplyDeleteJangan menggelapu menerima pelarian Rohingya dan Bangladesh walau pun mereka berugama Islam.
tiada kepandaian,
tiada kemahiran,
tiada kecerdikan,
mereka hanya mahir buat anak, ramai anak dari berbagai isteri dan duduk di Malaysia mahu makan free, menikmati semua percuma.
Tak sama dengan rakyat Malaysia, sama ada mereka berbangsa Cina, Melayu, India dan orang asli serta pribumi dari Sabah dan Sarawak.
Mereka semua rakyat Malaysia tersebut diatas pelbagai kaum bekerja keras untuk hidup,
kenapa kerana Bangladesh dan Rohingya berugama Islam sahaja diakui bersaudara?
Bukankah pelik? Tiada pertalian darah dan DNA, dimana fikiran dan kegeligaan otak kamu?
Tak guna berhati perut dengan Rohingya dan Bangladesh,
Tak guna beremosi sangat kerana ‘kasihan’ mereka saudara Islam,
Tidak kah rakyat Melayu sedar bahwa kedatangan pelarian lebih dari 7,000 orang adalah ‘invasion’ oleh peniaga pemerdaganan orang Bangladesh dan Rohingya yang mahu menikmati, keselesaan tanah Melayu dengan anak bayi mereka duduk percuma sahaja?
Ugama Islam mereka mungkin sesat, kufur atau munafiq, belum diketahui lagi. Tak semestinya walau pun mereka berugama Islam boleh mendatangkan faedah kepada rakyat Melayu.
Ketibaan pelarian akan mengakibatkan pertambahan ‘gejala penjenayah sosial’.
Pelarian Bangladesh dan Rohingya ini sudah menceroboh Tanah air Melayu.
ReplyDeleteMereka datang dengan cara menipu, memainkan emosi rakyat Malaysia yang berugama Islam. Mereka gunakan anak, keluarga, bayi, banyak bini menangis untuk meraih 'kasihan, simpati'.
Tetapi pokoknya mereka gunakan 'human shield'.
Orang Melayu yang memang senang ditipu.
Najib perlu dibicarakan atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada sidang parlimen. Najib memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang dihutang oleh 1MDB yang kononnya dilaburkan di Cayman Island, lepas tu kata dah tebus pelaburan itu, dibawa dan disimpan di Singapura kerana Najib menuduh Bank Negara banyak karenah kalau wang itu dibawa ke negara ini dan disimpan ke negara ini. Kemudian Najib buat U-Turn kata yang disimpan itu bukannya wang tunai, tapi aset, lepas tu dari Kementerian Kewangan pula kata yang disimpan itu unit.
ReplyDeleteJawapan oleh Najib dalam sidang parlimen sebelum ini adalah suatu penipuan. Berdasarkan Seksyen 218:
“Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”
Dalam perkara ini, Speaker parlimen perlu membuat laporan polis kerana Speaker parlimen yang menguruskan sidang parlimen, serta bertanggungjawab berhubung apa-apa urusan berkaitan sidang parlimen.
Bila Speaker Pandikar Amin Mulia nak buat laporan polis?
Sebelum ini Pandikar Amin Mulia pernah menipu mengenai isu surat perletakan jawatannnya, sekarang ini Pandikar Amin Mulia perlu bersikap integriti dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang disahkan menipu oleh Menteri Kewangan iaitu Najib yang juga Perdana Menteri?
Apakah Pandikar Amin Mulia seorang yang berintegriti atau orang yang menyokong golongan penyeleweng kerana mementingkan pangkat dan jawatan?
Pandikar Amin Mulia perlu membuat pilihan, apakah dia seorang yang jujur dan amanah yang layak memegang jawatan Speaker Parlimen, atau pun dia seorang yang mementingkan jawatan dan pangkat dengan bersekongkol dengan golongan penyeleweng yang melakukan jenayah yang menyebabkan integriti Pandikar Amin Mulia tidak boleh dipercayai dan khianat terhadap negara dan dia tak layak menjawat jawatan Speaker Parlimen, di mana orang yang bersubahat dengan penjenayah adalah tidak layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, apatah lagi jawatan Speaker Parlimen.
Kita juga menantikan jawapan dari para menteri dan tukang ampu Najib berhubung hal ini.
Dalam isu Rohingya, untuk membina pusat penempatan sementara sebelum isu Rohingya ini selesai dalam negara Burma itu sendiri atau sehingga orang-orang Rohingya ini mendapat kerakyatan atau dibenarkan tinggal di negara ketiga, adalah perlu penempatan sementera tersebut.
ReplyDeleteKerajaan boleh membina pusat penempatan sementera di Pulau Jerejak di mana sebelum ini pernah menjadi pusat tahanan.
Lokasi di Pulau Pinang adalah sesuai kerana berhampiran dengan pelabuhan, serta Lapangan Terbang serta berhampiran dengan kawasan Laut Andaman.
Kalau ditanya kepada pihak DAP, sudah tentulah mereka tak setuju, cuba yang datang tu adalah kau suku sakat mereka dari China atau Taiwan, tak payah nak ditanya, mereka pula yang minta diadakan pusat penempatan untuk suku sakat mereka itu.
Pakatan Rakyat ni bukannya boleh dipercayai, penipu, dan mereka ini sangat dahsyat, sama dahsyat dengan Najib, oleh rakyat janganlah terpedaya dengan puak Pakatan Rakyat ni samada PAS, PKR, atau DAP, mereka itu sama sahaja, mereka bukannya tahu apa pun, mereka hanya tau nak menang pilihanraya, bila dah menang hanya tau menyalahkan orang lain, lepas tu kutip derma, itulah kerja mereka.
Oleh itu rakyat perlu fahami hal ini.
Meskipun begitu, bukanlah bermakna kita kena sokong Najib, Najib ni dah teruk, menipu dalam sidang parlimen.
Sekarang ni kita tengah tunggu Speaker Parlimen untuk buat laporan polis mengenai penipuan Najib mengenai isu USD 1.103 bilion itu. Kita lihatlah samada Speaker Parlimen ni orang yang berintegriti atau orang sangat tidak jujur dan perlu letak jawatan Speaker yang sangat tidak sesuai dijawat olehnya itu.