|
Datuk Hassan merupakan calon yang paling layak berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran kerajaan negeri Pahang |
Menyedari bahawa kempen #PRKRompin kini dalam pusingan terakhir, Calon PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Nazri Ahmad berkata, rakan komponen mereka dalam pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PKR cukup dengan sekadar menghantar wakil untuk membantunya dalam berkempen merebut kerusi Parlimen tersebut.
Menurut petugas "on the ground" di PRK Rompin, sepanjang tempoh berkempen di Rompin, tidak kelihatan mana-mana pimpinan tertinggi PKR dan DAP membantu kempen PAS. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hanya hadir sekali dalam tempoh kempen minggu lalu apabila menyertai Himpunan Warga Felda, di Felda Keratong 4.
|
Naib Presiden UMNO yang juga merupakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh dikatakan telah berkampung di Rompin bagi memastikan kemenangan BN |
Situasi berkenaan jauh berbeza dengan jentera Barisan Nasional di PRK Rompin dimana BN telah menurunkan keseluruhan jentera mereka bagi memastikan kemenangan bergaya BN di kubu kuat mereka. Walaupun Rompin merupakan kubu kuat BN, BN tidak pernah sesekali mengambil mudah pilihan raya kecil ini. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak kepimpinan tertinggi BN dari UMNO seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Noor Ehsanuddin, Dato Seri Liow Tiong Lai, Datuk Wee Ka Siong, dan ramai lagi.
|
Kehadiran Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat sambutan sangat baik dari penduduk Rompin |
Melihat kepada kesungguhan jentera Barisan Nasional, sudah pasti rakyat di Rompin akan memilih BN kerana mereka sendiri dapat melihat komitmen BN dalam memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan terjamin. Ini jika dibandingkan dengan perpecahan yang berlaku di dalam PR maka sudah pasti BN menjadi pilihan pengundi di Rompin.
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment