Menurut sumber tidak rasmi, Barisan Nasional telah memenangi #PRKRompin dengan majoriti memberangsangkan iaitu 8,234. Ini setelah Barisan Nasional mendapat 22,679 undi manakala PAS mendapat hanya 14,445 undi. Kemenangan Barisan Nasional ini sekaligus menunjukkan rakyat Rompin, Pahang dan penduduk Malaysia secara amnya masih yakin dengan pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Tun Razak.
Malah, menurut sumber yang merupakan jentera PRK di Kawasan Rompin, antara faktor kekalahan PAS pada kali ini adalah kerana tidak dibantu oleh rakan politik mereka dari PKR dan juga DAP. Ini adalah ketara kerana PAS hampir hilang sokongan orang Cina di Rompin dimana orang Cina kini kembali kepada Barisan Nasional setelah berasa ditipu oleh PAS dalam isu undang-undang Hudud.
Bukan sahaja orang Cina, malah menurut sumber, PKR juga telah menutup bilik gerakan dan operasi PRK Rompin sebaik sahaja penamaan calon selesai. Ini adalah kerana PKR tidak berpuas hari dengan tindakan PAS Permatang Pauh yang ingin memboikot PRK Permatang Pauh akibat kebiadapan PKR dan DAP menghina Tok Guru Datuk Seri Hadi Awang dan mengherdik sikap komited PAS dalam membentangan rang undang-undang hudud di Parlimen.
Ini berbeza dengan sikap bersatu Barisan Nasional dimana setiap parti komponen memainkan peranan meraih undi melalui Peti Daerah Mengundi (PDM) yang telah ditugaskan. Dengan kerjasama yang erat serta komitmen dari jentera dari semua parti komponen akhirnya pengundi Rompin telah mengambil langkah yang bijak dalam memilih calon BN pada PRK kali ini. Persoalannya sekarang, adakah suara rakyat Rompin ini akan dibawa sehingga ke Permatang Pauh bagi memastikan BN menang di sana?
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment