KL CHRONICLE: Ini adalah sebab kenapa Pengundi Cina kembali kepada MCA & BN pada PRK Rompin & Permatang Pauh

Friday, May 15, 2015

Ini adalah sebab kenapa Pengundi Cina kembali kepada MCA & BN pada PRK Rompin & Permatang Pauh



Umum ketahui bahawa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh yang baru diadakan ini, Barisan Nasional dan PKR telah mengekalkan kerusi masing-masing dengan penurunan majoriti dimana ianya boleh disebabkan beberapa faktor terutamanya hari mengundi yang dilakukan pada hari bekerja, "political fatigue" dikalangan rakyat dan juga perkara-perkara lain yang lebih penting yang perlu diuruskan berbanding mengundi pada PRK tersebut. 




Namun, apa yang kita tidak dapat nafikan adalah peningkatan sokongan masyarakat berbangsa Cina kepada Barisan Nasional. Ini merupakan satu fenomena yang sangat unik kerana sebelum ini kita ketahui bahawa pengundi Cina telah memberikan sokongan padu mereka kepada DAP dan bukannya MCA dari BN. Namun, persoalan kini adalah "what has change" atau, apa yang telah berubah?


PM @NajibRazak has the full support of 14 component parties in BN
Bagi kami di #KLChronicle, salah satu faktor kembalinya keyakinan masyarakat berbangsa Cina kepada Barisan Nasional adalah kerana solidariti yang ditunjukkan oleh BN terhadap Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Haji Najib Tun Razak. Ini kerana, sikap solidariti yang ditunjukkan oleh komponen BN terhadap Datuk Seri Najib sangat berbeza dengan sikap perbalahan yang ditunjukkan antara parti PAS, DAP & PKR. 



Sikap suka bergaduh sesama sendiri ini telah mengakibatkan pengundi Cina berasa gusar dengan keadaan politik tanah air. Ini kerana, umum ketahui bahawa masyarakat berbangsa Cina kebanyakan adalah terdiri daripada golongan perniaagaan, tidak kira sama ada kecil atau besar, namun yang penting bagi mereka adalah kestabilan politik dimana keadaan sosio politik yang stabil akan membenarkan mereka untuk terus berniaga tanpa gangguan. 

Menyedari hakikat ini, masyarakat dan pengundi Cina telah mengambil keputusan untuk kembali mengundi BN kerana ianya telah terbukti selama hampir 60 tahun, kestabilan politik tanah air yang diterajui oleh BN telah memberi ruang dan peluang kepada para peniaga dan "entrepreneur" Cina untuk terus mengembangkan empayar perniagaan mereka seterusnya mewujudkan satu win-win situation di negara ini dimana "everybody lives happily" tanpa ada rasa prejudis terhadap mana-mana kaum. 

Apa pendapat pembaca?

2 comments:

Unknown said...

1.cina akan sokong bn masa prk utk bg bn syok sndr.
2.masa pru,bn yakin cina sokong depa.
3.cina akan pangkah pr
4.bn pun bungkus.

itu pendapat aku

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI-> 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
klik-> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget