KL CHRONICLE: #KLChronicle dan @RazlanRafii sokong @IsmailSabri60 , Peniaga Harus Turun Harga Barang

Tuesday, February 3, 2015

#KLChronicle dan @RazlanRafii sokong @IsmailSabri60 , Peniaga Harus Turun Harga Barang


#KLChronicle says : Kami di #KLChronicle menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Datuk Ismail Sabri yang kini nekad jihad memerangi orang tengah. Bagi kami, kamk berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Ismail Sabri.

Selain itu, kami juga berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Wiayah Persekutuan yang berani bangkit menyatakan sokongan mereka terhadap Datuk Seri Ismail Sabri. 

Sekarang adalah masanya bagi ahli UMNO dan orang Melayu Amnya untuk bangkit dan memastikan tauke-tauke perniagaan tidak ambil kesempatan terhadap kita. Dengan kuasa majoriti yang kita ada, kita mempunyai kuasa untuk memastikan harga barang diturunkan. Ayuh!





Kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Isu : Penurunan Harga Barangan.

Sebagai pengguna, kami berhak untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada kadar harga yang berpatutan.

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia terutamanya apabila kadar harga minyak naik, maka peniaga juga akan berlumba-lumba menaikkan harga barang. Bukan sahaja melibatkan barangan mentah tetapi barangan makanan juga turut dinaikkan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.

Kenyataan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri harus dijadikan titik permulaan untuk pengguna berfikir dan mencapai persamaan rasa bagi menyokong memboikot mana-mana peniaga yang enggan menurunkan harga barangan.

Banyak peniaga Cina marah dengan kenyataan tersebut. Peniaga Cina merasa terancam kerana terdapat gerakan melindungi kepentingan pengguna secara besar-besaran. Tidak kurang juga yang menganggap kenyataan tersebut berbaur perkauman.
Namun tindakan sesetengah pihak yang dilihat bergabung atas dasar kepentingan kaum Cina sebagai orang tengah dan peniaga adalah sangat tidak bijak. Soal perkauman tidak timbul dan apa yang dikatakan oleh Menteri adalah kaum Cina merupakan kaum majoriti berperanan sebagai orang tengah dan peniaga. Dalam masa yang sama mereka juga mempunyai rangkaian besar daripada kalangan pembekal yang 'berkuasa' menentukan harga barangan keperluan harian. Maka tidak salah sekiranya gesaan ini disasarkan secara terus dan terbuka kepada mereka.

Tidak menjadi kesalahan juga sekiranya pengguna Cina bersama-sama memboikot orang tengah dan peniaga kerana isu barangan mahal adalah perkara yang melibatkan kepentingan semua pihak. Baik di peringkat pemimpin negara sehinggalah rakyat di bawah.

Persatuan peniaga Cina harus bersama mengambil positif saranan Menteri untuk menyarankan ahli-ahli mereka supaya menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak semasa tempatan.

Soal pengambilan untung yang melampau oleh peniaga bukan satu perkara yang baru, ini termasuk isu orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Oleh itu, kami menyarankan agar pengguna terutamanya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus memboikot barangan yang terlalu tinggi harganya supaya pihak berkepentingan tidak merasa selesa dengan apa yang telah mereka lakukan.

Fahami isu sebenarnya adalah melancarkan kempen memerangi orang tengah dan peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barang.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

3 Februari 2015

2 comments:

usin said...

Tokojut den. Ingat ei rafizi ramli rupo ei razlan rafi. Den sokong 100% boikot kodai yg tamak haloba...

usin said...
This comment has been removed by the author.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget