Ah soh bila mau lawat Parlimen Seputeh, mau pergi #Sabah buat apa? |
Akhirnya, Ahli Parlimen Seputeh (DAP) yang penuh kontroversi Teresa Kok dilarang memasuki ke Sabah sebaik saja tiba di lapangan terbang di Sandakan sebentar tadi.
Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari berkata, Kok memberitahunya hal tersebut melalui mesej sistem pesanan ringkas (SMS).
"3.05 petang, saya baru saja mendarat di Sandakan dan kini berada di pejabat Imigresen di lapangan terbang.
"Pegawai tersebut memaklumkan saya dihalang daripada memasuki Sabah," katanya memetik daripada mesej WhatsApp.
Bagaimanapun, Zairil berkata, beliau tidak dapat memastikan tujuan kedatangan Kok ke Sabah.
"Ahli Parlimen Sandakan ada di sana tetapi tidak dibenarkan masuk jumpa Kok," kata Zairil.
Portal milik parti Cina chauvinis DAP, Roketkini melaporkan Kok kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat sama setengah jam kemudian, jam 3.30 petang.
Setahun selepas kontroversi video "Onederful Malaysia", Kok dilaporkan memuat naik sebuah lagi video baru sempena Tahun Baru Cina 2015 tidak lama lagi.
Klip video satira bertajuk "1 Tahun Kambing, 1 Keluarga Besar 1 "(1 Goat Year, 1 Great Family) menampilkan ahli politik dan pemimpin badan bukan kerajaan.
Antara tokoh yang turut berkomplot dalam klip video tersebut adalah Ahli NGO Bersih 2.0 Datuk A Samad Said, Ahli Parlimen Shah Alam dari kumpulan Erdogan Khalid Samad, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang merupakan anak seorang bekas banduan Nurul Izzah Anwar, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dan ramai lagi. – 4 Februari, 2015.
No comments:
Post a Comment