Mahfuz dilihat semacam "mabuk todi" apabila mempertahankan peniaga yang menindas rakyat |
Nampaknya PAS semakin huru-hara apabila Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar yang "mabuk todi" kini mempersoalkan tindakan pemimpin akar umbi Umno yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri yang menggesa peniaga menurunkan harga barang. Bagi Mahfuz, yang salah adalah kerajaan dan bukan peniaga Cina yang kini semakin hebat memonopoli ekonomi negara.
"Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk minum todi," kata Mahfuz pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebaliknya menggesa pemimpin Umno tersebut mendesak kerajaan menurunkan harga barang kawalan seperti gula, gandum, minyak masak dan gas memasak.
"Mengapa tidak berani menyatakan tuntutan kepada Perdana Menteri agar kerajaan sendiri menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan?" soalnya.
Beliau berkata, Ismail dan pemimpin Umno bahagian itu tidak seharusnya mengeluarkan hujah tanpa fakta dengan menyalahkan peniaga Cina dalam isu kenaikan harga barang.
"Saya menegaskan sekali lagi pentingnya pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta," katanya.
Kontroversi tercetus selepas menteri itu menulis kenyataan di Facebooknya, menggesa pengguna Melayu melakukan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.
Ismail juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya.
Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh. – 5 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-anggap-92-ketua-umno-bahagian-mabuk-todi-sokong-ismail-sabri#sthash.czfIJVx7.dpuf
No comments:
Post a Comment