Menyedari masalah dan kesempitan hidup yang dialami oleh mangsa banjir di kawasan Parlimen Bera, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri telah menganjurkan satu program Servis Motosikal Percuma "Pasca Banjir" di Parlimen Bera.
Memandangkan mode pengangkutan utama kebanyakan penduduk di Parlimen Bera adalah motosikal, penganjuran program sebegini diharap dapat membantu meringankan beban penduduk di Bera memandangkan Bera juga telah ditimpa musibah banjir baru-baru ini.
Bagi kami di #KLChronicle, program yang dianjurkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah satu program yang "hit to the spot" dan betul-betul menyentuh denyut nadi rakyat. Ini adalah satu improvement terhadap kepimpinan UMNO secara amnya kerana sebelum ini parti UMNO difitnah oleh pembangkang bahawa UMNO hanya pandai menganjurkan program "syok sendiri"
Namun, dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan terbaru keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaiki pengangkutan awam (LRT), dilihat barisan kepimpinan parti UMNO terus menerus turun kebawah bersama rakyat. Ini merupakan satu perkembangan yang bagus untuk parti.
Harapan kami adalah Datuk Seri Ismail Sabri dapat meneruskan segala program beliau dengan baik dan juga terus konsisten mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air seperti yang beliau lakukan sekarang. Insyallah.
No comments:
Post a Comment