Rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam insiden bot tunda karam di Terusan Fubei, Sungai Yangtze dekat Jiangjiang, Wilayah Jiangsu di China, dikenal pasti sebagai Cheong Kin Chin.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Cheong, yang berasal dari Negeri Sembilan.
"Kementerian juga akan membantu urusan perjalanan keluarga mendiang ke China. Konsulat Malaysia di Shanghai sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China untuk menguruskan penghantaran pulang mayat Cheong ke Malaysia," katanya.
Kementerian itu berkata pihak berkuasa di China pada hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden bot tunda itu Khamis lepas di Terusan Fubei.
"Daripada 25 mangsa hanya 3 terselamat sementara yang lain-lain disahkan terbunuh termasuk empat warga Singapura, 1 rakyat Malaysia, 1 rakyat India, 1 warga Indonesia dan 1 rakyat Jepun," katanya
No comments:
Post a Comment