KL CHRONICLE: Isu #HUDUD, Kenapa Pandangan Dato' Dr. Mashitah Ibrahim wajar diberi perhatian serius

Tuesday, January 27, 2015

Isu #HUDUD, Kenapa Pandangan Dato' Dr. Mashitah Ibrahim wajar diberi perhatian serius


BAHAGIAN 1

Isu hudud ini sering diperkatakan oleh pelbagai pihak, terutamanya PAS, sebuah parti yang menggunakan agama Islam sebagai "modal politik" dan juga DAP, yang menggunakan hukum hudud juga sebagai "modal politik" untuk survival mereka berdua. Islam, in general, is being used as a pawn or leverage for these two (2) parties to win votes in the general election. Namun, sekarang dilihat dua rakan sekatil ini sudah "Fed up" untuk tidur bersama. 



Seperti biasa, apabila sepasang kekasih sudah "fed up" tidur bersama, mereka akan mula bergaduh sesama sendiri. Dalam kes politik tanah air, PAS dan DAP kini telah bertengkar secara terbuka dengan PAS mengenai isu hudud. Apabila pertengkaran secara terbuka berlaku, malah timbul pula pelbagai tuduhan dan fitnah yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak. Namun, dalam Bahagian 1 ini kami akan fokus dulu kepada parti cina chauvinis DAP dan penipuan mereka terhadap hukum hudud dan Islam in general. 

DAP MEMBANTAH HUDUD & NEGARA ISLAM

DAP membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ini adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal. Selain itu, DAP juga menyatakan bahawa di negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, wanita dan mangsa rogol tidak mendapat perlindungan kerana perogol jarang dikenakan hukuman. Ini satu perkara yang tidak benar dan memberikan persepsi buruk terhadap Islam di negara ini. 

KERJASAMA PAS & UMNO

Melahirkan harapan UMNO & PAS dapat bersatu dalam parlimen pada
sesi pembentangan rang undang-undang Hudud di Kelantan

Namun, baru-baru ini,  Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato' Dr. Mashitah Ibrahim telah menyuarakan pendapat beliau dengan melahirkan harapan hukum hudud di Kelantan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PAS dan UMNO, walupun beliau tidak menafikan terdapat tentangan daripada sekutu PAS di dalam Pakatan, iaitu DAP. Menurut Dr Mashitah, DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. 

Kami di #KLChronicle juga berkongsi harapan yang dibawa oleh Dato Dr. Mashitah Ibrahim bahawa permainan yang dimainkan oleh DAP untuk kekal berkuasa adalah sangat bahaya. Dato Dr. Mashitah Ibrahim juga telah menegaskan bahawa DAP, sebagai sebuah parti yang berteraskan fahaman Cina yang kuat kini berada dalam kedudukan yang paling kuat sejak penubuhan mereka. 

Malang sekali, walaupun DAP kini berada dalam kedudukan yang sangat kuat, politik orang Islam pula dilihat semakin lemah apabila kita berpecah kepada 3 parti iaitu UMNO sebagai parti tunjang orang Melayu Islam, PAS & juga sedikit dalam PKR dimana rata-ratanya merupakan pemimpin UMNO yang kecewa tidak mempunyai sebarang jawatan ketika berada dalam parti. 

POLITIK SERAMPANG DUA MATA DAP


Dato Dr. Mashitah Ibrahim juga telah memberikan pandangan beliau tentang strategi DAP menggunakan politik serampang dua mata dalam meluaskan kuasa mereka. Namun, topik ini akan kami sentuh pada esok hari. Namun ingatlah, kita sebagai orang Islam kini berada dalam keadaan yang sangat lemah dan sukar untuk melaksanakan apa jua polisi yang menguntungkan kita selagi DAP tidak ditangani dengan bijak. 

Adakah anda rasa DAP akan terus kekal kuat dan menjadi parti tunjang dalam Pakatan Pembangkang?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget