KL CHRONICLE: Tahniah Datuk Haji Noor Ehsanuddin, 500 pelajar terima bantuan di Kota Tinggi

Wednesday, December 10, 2014

Tahniah Datuk Haji Noor Ehsanuddin, 500 pelajar terima bantuan di Kota Tinggi



#KLChronicle ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada Datuk Haji Noor Ehsanuddin kerana telah bersikap proaktif dalam mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kelengkapan Sekolah Parlimen Kota Tinggi, bersama JPMM, DUN Sedili, DUN Johor Lama dan Yayasan Mesra dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad pada hari ini, 10 December 2014.




Bagi kami di #KLChronicle, apa yang menarik tentang majlis ini adalah kerjasama antara pemimpin tempatan (Ahli Parlimen & ADUN), JPMM, Yayasan Mesra dan juga syarikat swasta iaitu PLUS. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang erat antara semua pihak yang telah disebut diatas.


Hubungan yang erat ini telah diterjemahkan dengan mengadakan majlis penyampain sumbangan kepada hampir 500 orang pelajar didalam Parlimen Kota Tinggi. Untung sungguh pelajar-pelajar yang telah menerima sumbangan ini kerana tidak banyak pelajar yang mempunyai peluang yang sedemikian.

kami di #KLChronicle telah menulis beberapa artikel berkaitan Datuk Haji Noor Ehsanuddin melalui pemerhatian kami terhadap prestasi beliau di Parlimen dan juga kenyataan-kenyataan media beliau .


Tidak dapat dinafikan bahawa Datuk Haji Noor Ehsanuddin adalah antara segelintir pemimpin baru UMNO yang dilihat mempunyai tahap intelektual dan kebolehan yang boleh dibanggakan. Kami berharap beliau akan terus berusaha untuk rakyat dikawasan beliau di Kota Tinggi sekaligus membantu UMNO Barisan Nasional terus kekal mentadbir negeri Johor Darul Takzim.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget