KL CHRONICLE: #KLChronicle Setuju Dengan @saifuddinabd , Malam Cinta Rasul Membazir Duit

Saturday, December 27, 2014

#KLChronicle Setuju Dengan @saifuddinabd , Malam Cinta Rasul Membazir Duit

YPC belanja hampir RM 200,000 bawa masuk imam dari luar negara
#KLChronicle says : Kami bersetuju 100% dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah bahawa penganjuran Malam Cinta Rasul di Putrajaya oleh Yayasan Pendidikan Cheras yang menelan belanja sebanyak RM 200,000.00 adalah satu program yang membazir dan memperkecilkan kemampuan imam serta mufti tempatan. Respond penganjur, Yayasan Pendidikan Cheras bahawa duit yang dibelanjakan adalah "sedikit" juga tidak masuk akal. 

Dikala rakyat di Pantai Timur, Pahang dan Johor mulai dihimpit bencana banjir, adalah wajar Yayasan Pendidikan Cheras salurkan bantuan kepada negeri yang terbabit dari menganjurkan program sebegini. Perlu diingatkan juga selepas solat jumaat hari ini iman-iman tempatan juga telah mengimamkan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan rakyat Pantai Timur, Pahang dan Johor. Jadi buat apa bayar mahal-mahal untuk imam dari luar negara? Adakah ini juga satu program untuk orang-orang tertentu "buat duit"? Wallahualam. 

Doa kami adalah untuk rakyat Malaysia yang kini dalam kesusahan.



Walaupun ditegaskan yang Malam Cinta Rasul di ambang tahun baru tidak membazir dan kutipan derma bagi mangsa banjir akan diadakan semasa ia berlangsung, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah sekali lagi mengkritik program tersebut.

Semalam beliau berkata peruntukan untuk acara yang akan melibatkan doa dan solat hajat itu lebih baik digunakan bagi membantu mangsa banjir, hari ini pula beliau mencadangkan usaha memanjatkan doa kepada Allah itu memadai diketuai imam tempatan tanpa perlu membawa orang luar.

Program tersebut, dijadualkan di Dataran Merdeka mulai jam 9 malam 31 Disember, bakal menampilkan pendakwah popular Indonesia, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin.

Selepas teguran Saifuddin semalam, penganjur utama program, Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), memberitahu The Malaysian Insider hari ini ia akan tetap diteruskan kerana ia tidak memakan belanja yang besar, hanya sekitar RM200,000.

Mengulas penjelasan penganjur itu, Saifuddin menerusi akaun Twitter @saifuddinabd berkata: "Lepas solat Jumaat hari ni kita solat hajat mohon belas kasihan Allah atasi masalah banjir. Imam-iman kita memadai, tidak perlu bayar orang luar."

Dalam tweet beliau lagi, Saifuddin berkata, amalan pembaziran perlu dielakkan ketika rakyat Malaysia berdepan bencana paling besar dalam sejarah.

"Dalam apa-apa pun, eloklah kita tunjuk teladan. Dalam isu banjir, eloklah kita-kita yang tidak membazir. Semoga orang lain menuruti," katanya.

Semalam, Saifuddin mengkritik penganjuran program tersebut dengan berkata:"Selawat itu bagus. Tapi kalau duit untuk belanja majlis selawat besar-besaran diguna bantu mangsa banjir mungkin lebih bagus."

Ia menerima komen daripada pengikut tweetnya yang menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

Keadaan banjir di beberapa negeri semakin meruncing dengan seramai 119,624 mangsa banjir dipindahkan ke pusat penempatan di Kelantan (45,467), Terengganu (34,884), Pahang (32,380), Perak (6,119), Johor (537), Perlis (209) dan Kedah (28) setakat jam 5 petang ini.

Sebelum ini Perbadanan Putrajaya dan Ambank Group mengumumkan pembatalan konsert Ambang Tahun Baru 2015 dijadualkan di Putrajaya pada 31 Disember bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir.

Selangor juga membatalkan sambutan tahun baru Temasya Selangor 15 sementara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga membatalkan majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2014 yang dijadualkan berlangsung malam esok di Kuala Lumpur. – 26 Disember, 2014.

8 comments:

raismazzadam said...

Apa ni...kos tampung bwk ustaz dari luar lebih kurang bwk artis luar negara...takkan buat amal ke jalan Allah pun nak makan .....setakat mulut aje selawat tp hati penuh dengan kelodak hitam...tak guna jugak...

usin said...

Ya ampun. Bayar apa sampai rm200k? Tiket flight berapa? Hotel dan makan berapa? Kalau tujuannya utk agama, apasal mcm bayar artis pulak ni. Malam cinta rasul dah jadi mlm cints duit pulak. Imam dan ahli agama dah pandai demand pulak nampaknya. Allah suka ke?

sutanmudochemor said...

Jgn kita bersangka buruk. Hanya Allah yang Maha mengetahui dan Maha Adil, tahu akan nawaitu setiap perlakuan samaada pengajur atau kita yg komen.Semoga kita beramanah dlm segala perlakuan kita

PASDAPX said...

Buat benda baik untuk pintas maksiat Tahun Baru pun ada org Islam bertaraf otak LEMBU ni nk pertikai?.
wahai LEMBU, buat program gedik, bola, konsert haram jadah jemput artis tak cukup kain, kaki clubbing, kaki pil dadah u all tak bising?

Klu habis duit utk program kerohanian, melompat macam berok, kira setiap sen kos?
LEMBU blogger, ko gi support jilat kembar Anwar jubor di Saipuddin munafik sekular tu buat apa?.?

Masa pesta arak oktoberfest dlu mamat sekular ni ada bising tak? Bodoh punya blogger sokong manusia sakit otak mcm saipudin tu, dlm hal xbetul pulak.

Ko ingt kos PA system, lighting, stage semua tu free ke? Jamuan raya menteri hbis beratus ribu apesal tak bising?

Ni mnusia2 bertopeng iblis mcmnsaipudin dn blogger bangang ni. Nk harap imam malaysia? Imam kt malaysia 99.9% macai PAS, duit xmasuk jgn harap dkwah nk jln, sbb tu puak ni bising sbb CEMBURU tgk Habib2 tu dijemput..

Bodoh bertingkat2 geram aku dgn blogget bangang mcm ni pun nk jd isu. Jahat je nk hasut guna alasan mmbazir? Beratus juta mmbazir kt tmpatnyg xsptutnya awat tak lawan?.?

usin said...

Aku syorkan ko kena pegi program ni. Bukan apa, ko tak dpt kawal emosi ko yg melebihkan sumpah seranah bila pendapat org tak sama pendapat ko. Patutnya ko meraikan perbezaan pendapat, bukan meLEMBUkan pendapat orang lain yg berbeza dgn pendapat ko. Apasal la teruk benar hati ko ni. Geram, benci, sakit hati dan membodohkan orang lain tu mainan iblis nak sesatkan manusia. Nak sokong benda baik dengan ikut jalan syaitan camane tu....kawal sikit mulut dan hati.

PASDAPX said...

Usin bile kita berhadapan dgn manusia iblis bertopeng, nk berbicara mcm ahli sufi ke? Ko tak nmpk betapa dhsyat puak LEMBU ni menentang Agama, Bangsa selama ini. Dn justifikasi Lembu dipakai..iaitu MEMBAZIR.. jd krjn jgn belanja apa2 semua membazir.. kecuali yg dpt mengisi temolok puak2 iblis bertopeng ni.

Lg satu, apehal ko terase sgt USIN? Ko pun LEMBU jgk? Ko tu baik sgt ke? Jd ko xpyh gi dhle program baik mcm tu, ko rse riak bagus dh diri?.? Puihhhhh lahhh!!
Buat prog mksiat tahun baru ok xbazir??
JAWAN SOALAN AKU DULU, KONSERT AMBANG MERDEKA HABIS BAPE HINGGIT.?? RM 25.?? pudin LEMBU NUAR ade bising??

Dah kene pnyakut ahli sorga mcm macai PAS? Boleh kutuk maki org tp org lain xboleh?

Ko kenal x sape pudin liberal tu?

Susah brhdapn dgn LEMBU ..

PASDAPX said...

Usin ko ckp pasal ALLAH suke??
maksiat berlmbk2 time tahun baru tu ALLAH MURKA atau ALLAH suke?
ape tugas ko nk bntu halang maksiat?
atau turut jd LEMBU dn MUNAFIK jugak?
jgn jd bodoh USIN, duk dpn keyboard ckp pndai.

Ko tu mulia sgt ke kutuk org lain boleh? Posting ko sblm ni warak sgt ke atau sarat dgn cacian org jg?
KO SULUH MUKA KO SAME USIN... shame laa

Abukabir said...

Fitnah ni

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget