KL CHRONICLE: Kini @LimKitSiang Buat U-Turn, Mahu Akta Hasutan Diguna Terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim Pula

Saturday, December 6, 2014

Kini @LimKitSiang Buat U-Turn, Mahu Akta Hasutan Diguna Terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim Pula

@LimKitSiang kini menyokong penggunaan
Akta Hasutan 1948
Penasihat parti Cina Chauvinist DAP, Lim Kit Siang hari ini telah membuat U-Turn dengan menyokong penggunaan Akta Hasutan 1948. Kami di #KLChronicle amat terkejut dengan tindakan Lim Kit Siang ini yang mahukan akta "draconian" Akta Hasutan 1948 digunakan terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim.




Dulu @LimKitSiang menentang Akta Hasutan 1948
Sebelum ini, Lim Kit Siang merupakan antara pemimpin pembangkang yang paling lantang menentang Akta Hasutan 1948 dan mahu akta ini dimansuhkan. Namun tindakan flip flop Kit Siang ini menunjukkan bahawa pemimpin utama pembangkang ini tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam perjuangan.

Beliau dilihat berjuang hanya untuk perkara yang menguntungkan diri sendiri dan bukan untuk kebaikan rakyat. Persoalannya, adakah pakatan DAP-PKR-PAS akan terus kekalkan akta hasutan jika mereka menang PRU-14? 

Bagi kami, Kit Siang akan terus kekalkan Akta Hasutan 1948 dan menggunakannya untuk mendakwa semua pemimpin UMNO Barisan Nasional yang menentang DAP-PKR-PAS.

Berbalik kepada kenyataan Kit Siang yang mahu Dato Dr. Mashitah Ibrahim disiasat kerana kononya Dato Dr. Mashitah telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur "hasutan" , kami gesa Kit Siang supaya menggunakan akal dan berfikir secara waras. Apa yang diberitahu oleh Dato Dr. Mashitah adalah pelbagai bentuk ancaman yang dihadapi oleh orang Islam di Malaysia dan salah satunya adalah tindakan biadap dan menghina Al-Quran.

Jika Kit Siang betul seorang pemimpin untuk SEMUA rakyat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia, beliau sepatutnya menyokong kenyataan Dato Dr. Mashitah dan menggesa rakyat berbangsa Cina, yang merupakan penyokong kuat parti Chauvinist DAP supaya menghormati orang Melayu dan Islam di negara ini. 

Namun apa yang telah dilakukan oleh Kit Siang adalah beliau telah menghasut orang Cina untuk terus membenci orang Melayu/Islam seterusnya mendesak kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang cuba mempertahankan Agama dan Bangsa yang tercinta. 

Bagi kami di #KLChronicle, sepatutnya bukan Dato Dr. Mashitah yang disiasat kerana kononya "menghasut", orang yang sepatutnya disiasat kerana menghasut adalah Lim Kit Siang yang merupakan antara punca persengketaan orang Melayu dan Cina di negara ini sejak beliau (Kit Siang) menyertai politik hampir 50 tahun yang lalu. Apa pendapat pembaca?

1 comment:

Laksa Johor said...

Setuju bahawa Apek tua yang sangat susah nak mampus ini yang patut diambil tindakan dibawah Akta Hasutan kerana menjadi punca persengketaan di antara kaum Melayu dan Cina daripada dahulu hingga sekarang.Selama dia berada dalam arena politik, apakah sumbangannya kepada negara? Kerja dia cuma balik-balik menyemarakkan perasaan benci yang tak sudah-sudah terhadap kerajaan dan orang Melayu.Lu manyak sueylah, Lim Kit Sial. Lagi lu cepat mampus lagi baik!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget