@anwaribrahim dikenali sebagai pemimpin yang kerap melakukan U-turn |
Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini membuat Pusingan-U dan membatalkan kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok minggu ini kononnya atas nasihat peguam.
Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini, oleh itu acara 3 Disember dibatalkan, umum FCCT hari ini.
Kelab itu menyatakan pasukan peguam Anwar menasihati beliau memandangkan kedudukan kes perundangan terhadapnya sekarang, beliau tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat ini.
Anwar sepatutnya hadir di FCCT pada Rabu (3 Disember).
Dalam notis awal kepada para anggotanya, FCCT berkata Anwar "akan menyampaikan ceramah mengenai usahanya menangguhkan kes-kes mahkamah terhadapnya".
No comments:
Post a Comment