Datuk Noor Ensanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah antara ahli parlimen UMNO yang mempunyai kredibiliti dan "substance" apabila berdebat dengan ahli parlimen pembangkang menggunakan fakta. Baru-baru ini, kami telah lihat sebuah video di Youtube yang menunjukkan Datuk Noor Ensanuddin "membelasah" MP PKR dari Kapar kerana mempersoalkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
MP Kapar telah menyatakan bahawa BR1M adalah "tidak bagus" untuk rakyat dan perkara ini disangkal oleh Datuk Noor Ehsanuddin kerana BR1M adalah bantuan kepada rakyat untuk menempuhi kos kenaikan harga barang dan sebagainya. Datuk Noor Ehsanuddin juga telah mencabar Ahli Parlimen Kapar supaya menyuruh semua pengundi di Kapar untuk menolak BR1M kerana memandangkan BR1M ini kononya "tidak baik" untuk rakyat.
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Datuk Noor Ensanuddin mencabar ahli parlimen Kapar ini merupakan satu tindakan yang tepat. Sudah banyak kali kita lihat pemimpin pembangkang mengeluarkan cadangan atau kenyataan yang tidak masuk akal seperti pendidikan percuma (di UNISEL pun masih kenakan yuran), BR1M tidak baik dan sebagainya tetapi puak pembangkang inilah yang mengambil kesempatan terhadap segala bentuk kemudahan dan pemberian kerajaan.
Kami berharap Datul Noor Ehnsanuddin dapat kekalkan prestasi baik beliau di Parlimen untuk memastikan ahli parlimen pembangkang tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan tidak tepat sehingga menyebabkan rakyat keliru dengan segala program dan pendekatan yang diambil kerajaan. Diharapkan lebih ramai ahli parlimen UMNO Barisan Nasional dapat mencontohi pendekatan yang diambil oleh Datuk Noor Ehsanuddin. Insyallah.
1 comment:
He was my boss before...proud of him... :)
Post a Comment