KL CHRONICLE: Sistem kad prabayar baru bagi pengguna bas di 5 negeri

Sunday, November 9, 2014

Sistem kad prabayar baru bagi pengguna bas di 5 negeri

5 negeri terlibat adalah Sarawak, Perlis, N9, Terengganu dan Perak
#KLChronicle Says:Kami di #KLChronicle berpendapat usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini sangat baik dimana ia dapat membantu pengguna bas untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih berkesan. Umum ketahui bahawa dengan menggunakan kad prabayar, syarikat bas serta pengguna dapat elak daripada isu remeh-temah seperti penyediaan wang kecil dan sebagainya. 

Ini kerana bukan sahaja warga muda/belia yang menggunakan perkhidmatan bas, tetapi ada juga dikalangan warga tua yang menggunakan perkhidmatan bas jadi kad prabayar ini sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan mereka. Namun, kerajaan juga melalui SPAD harus bijak dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang secukupnya di semua perhentian (ataupun perhentian bas utama) bagi memastikan tidak ada isu yang timbul  dimana kaunter tambah nilai adalah terhad sekaligus membangkitkan kemarahan pengguna,




Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan sistem kad prabayar untuk perkhidmatan bas awam pada Mac tahun depan kata Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar).

Beliau berkata sebagai permulaan sistem itu akan dilaksanakan di lima ibu negeri iaitu Kuching, Sarawak; Kangar, Perlis; Seremban, Negeri Sembilan; Kuala Terengganu, Terengganu serta Ipoh, Perak.

"Ini merupakan antara langkah kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di sini, hari Jumaat.

Syed Hamid berkata tender hanya akan diberikan kepada perkhidmatan syarikat bas yang memiliki bas paling banyak di kawasan terlibat.

"Tujuan kita gunakan sistem itu adalah untuk menjadikan perjalanan menggunakan pengangkutan awam lebih mudah kerana penumpang tidak perlu menukar wang kecil untuk membayar tambang bas," katanya.

Syed Hamid berkata teknologi baharu diperlukan dalam usaha kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Katanya kerajaan akan memberi peruntukan kepada pengendali bas terpilih untuk melaksanakan sistem itu yang hanya melibatkan laluan yang ditetapkan.

"Kita menerima kembali peruntukan yang  diberikan melalui kad prabayar yang akan dibeli oleh penumpang bas," katanya.

Beliau berkata percubaan menggunakan kad prabayar itu  dilakukan di Kelantan tahun lepas dan penerimaan terhadap penggunaannya amat menggalakkan. – Bernama, 7 November, 2014.

1 comment:

Mael Hashim said...

... dan lebih baik kalau kad prabayar yg belum habis dipakai boleh ditebus semula. sistem ini pernah dicuba di shah alam dan ramai pengguna berpendapatan rendah merungut kerana terpaksa beli rm20 tapi tak habis dipakai disebabkan bukan selalu travel. itu dah satu pembaziran dan sejenis paksaan. rasanya tidak islamik kalau tidak boleh ditebus nilai yg tidak terpakai. sama mcm sistem parking berkupon, terpaksa beli rm6.40 untuk 10 helai tapi pakai tak habis. sistem memaksa seperti ini menekan orang berpendapatan rendah, dan tidak islamik. haram menerima bayaran yang perkhidmatannya tidak dapat digunakan.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget