@razlanrafii adalah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan |
Apa maksud meremajakan parti ? Adakah dengan menerap masuk pemimpin muda bawah 40tahun parti jadi remaja ?
Saya masih percaya kepada kematangan... Presiden dan pimpinan atasan perlu melihat
Keputusan yang diambil perlu ada kematangan untuk semua lapisan.
Laksanakan seperti pimpinan terdahulu laksanakan kepada anda, pelapis di angkat kerana melihat masa depan parti.
Kepercayaan kepada anak anak dalam struktur parti itu amat penting. Mereka ini sudah pastinya bergelumang dengan masyarakat dan program secara berterusan.
Lebih penting, mereka sudah melalui proses kematangan Nasionalis selain punyai segulung ijazah sebagai benih ilmu untuk membuat keputusan.
Anak muda bukan meminta.. Jauh sekali managih jawatan.... Ianya satu keperluan dalam struktur kelangsungan parti.
Ianya seperti aur dengan tebing....
Selamat datang kepada semua Perwakilan seluruh Malaysia..
#PAU2014 #katakita
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP.
No comments:
Post a Comment