KL CHRONICLE: @RafiziRamli Hipokrit Kenaikan Tambang Bas Express, Lupa Pengusaha juga Rakyat

Wednesday, November 19, 2014

@RafiziRamli Hipokrit Kenaikan Tambang Bas Express, Lupa Pengusaha juga Rakyat




#KLChronicle says: Rafizi Ramli, the mother of all liars in Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah manusia paling "Low Class" dalam negara apabila dengan membuta tuli mengkiritk kerajaan tanpa sebarang usul periksa. Bagi kami di KLChronicle, tindakan Rafizi Ramli ini tidak bertanggungjawab dan hanya memburukkan lagi isu pengangkutan awam darat di Malaysia.



Umum ketahui, dalam isu pengangkutan awam darat di Malaysia, pihak yang terlibat adalah pemberi perkhidmatan (Service Provider) dan juga pengguna (user). Masing-masing akan cuba untuk mendapatkan sesuatu yang baik untuk diri mereka. Ini adalah lumrah manusia. Apa yang diminta oleh service providers adalah kenaikan tambang, dan apa yang dimahukan oleh rakyat adalah harga tambang kekal atau diturunkan.

Menyedari bahawa tambang Bas Express (bukan semua pengangkutan awam) telah lama tidak dinaikkan, SPAD telah mempertimbangkan cadangan daripada Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) agar kerajaan tidak mengawal selia tambang bas ekspres bagi memberi manfaat kepada operator bas dan pengguna. Cadangan daripada PMBOA itu kemudian telah dikemukakan kepada kabinet. Itu sahaja.

Tetapi, apa yang Rafizi Ramli lakukan adalah beliau telah mula membawa persepsi bahawa SEMUA (Bas Express, Bas Antara Bandar, Teksi, dll) akan dinaikkan secara rambang oleh kerajaan. Ini adalah sama sekali tidak benar dan Rafizi Ramli sebenarnya berbohong dalam is yang sensitif ini. Keputusan terletak ditangan kerajaan dan kami yakin kerajaan akan lakukan perkara yang terbaik untuk rakyat.

Rafizi Ramli juga harus ingat bahawa pengusaha perkhidmatan awam juga merupakan rakyat dan mereka juga mempunyai anak dan isteri untuk diberi makan. Think about it. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget