KL CHRONICLE: PM @NajibRazak Dengar Keluhan Rakyat, Akta Hasutan kekal,

Thursday, November 27, 2014

PM @NajibRazak Dengar Keluhan Rakyat, Akta Hasutan kekal,



Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata akta Hasutan akan terus dikekalkan setelah mendengar pelbagai "feedback" daripada rakyat.  

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. 



"Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. 

"Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni," katanya lagi.
Najib berkata, Akta Hasutan akan terus dikekalkan selepas dipertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun pernah berjanji sebelum ini untuk memansuhkan akta penjajah tersebut.

"Setelah saya dengar pandangan pemuda dan puteri, akar umbi dan NGO, saya mengumumkan Akta Hasutan akan terus dikekalkan," katanya. – 27 November, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget