KL CHRONICLE: Menteri Ini Elok Letak Jawatan, Jangan Malukan Kabinet #Malaysia

Monday, November 3, 2014

Menteri Ini Elok Letak Jawatan, Jangan Malukan Kabinet #Malaysia



#KLChronicle Says: Tan Sri Joseph Kurup ini elok letak sahaja jawatan beliau sebagai menteri. Beliau nampaknya lebih berminat menjadi popular dengan meluahkan pendapat beliau dalam portal pembangkang seperti The Malaysian Insider daripada meluahkan perasaan beliau dalam mesyuarat kabinet. 

Persoalan #KLChronicle sekarang,apakah motif utama Joseph Kurup gunakan media pro-pembangkang untuk meyuarakan pendapat beliau?Adakah beliau hendak menjadi popular dengan penyokong pembangkang? Bagi kami orang seperti Joseph Kurup inilah yang akan paling awal tinggalkan Barisan Nasional (BN) jika BN kalah PRU akan datang. 



Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa Jabatan Peguam Negara membuka semula kes Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkenaan kenyataan beliau agar Bible berbahasa Melayu dibakar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu perlu dalam usaha menangani isu hasutan dan kebencian agama yang semakin berleluasa di negara ini.


"Saya menggesa Peguam Negara membuka dan mengkaji semula kes Ibrahim bagi memastikan kelangsungan perpaduan kita," katanya pada Sidang Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan kementerian beliau hari ini.

"Kita sentiasa mendengar suara rakyat dan langkah berkenaan sebagai cara membolehkan kita  menangani kebangkitan pendapat agama yang tidak bertoleransi dan memuaskan hati rakyat," katanya.
Beliau berkata paling penting, kes Ibrahim harus dibawa ke mahkamah terlebih dahulu dan menyerahkan kepada badan kehakiman memutuskan beliau bersalah atau tidak.

"Kita mahu kes itu dibuka dan dinilai semua. Sama ada disabitkan salah atau tidak, itu lain kira," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sepang (PAS) Hanifa Maidin yang bertanya menteri tersebut sama ada bersetuju tiada tindakan diambil kerajaan terhadap kes Ibrahim. – 3 November, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget