KL CHRONICLE: Kini @Anwaribrahim merajuk kerana PSM tak mahu sertai Pakatan

Wednesday, November 5, 2014

Kini @Anwaribrahim merajuk kerana PSM tak mahu sertai Pakatan



Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini melahirkan rasa kecewa dan dukacita beliau terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana memutuskan untuk tidak menyertai gabungan Pakatan Rakyat (P‎R).

Ketua pembangkang itu berkata, keputusan PSM menolak untuk menyertai PR akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.



Bagaimanapun beliau berkata PKR perlu mendapatkan panda‎ngan daripada PAS dan DAP sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Perkara ini perlu diadakan konsensus terlebih dahulu bersama PR, kita akan membuat mesyuarat dan akan putuskan tindakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata sebelum ini berkata partinya tidak akan menyertai PR akan tetapi bersama agenda untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Pada dasarnya, kita bukan sebahagian daripada Pakatan, dan kita memutuskan tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka," katanya sepertimana dilaporkan The Star hari ini. – 5 November 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget