KL CHRONICLE: Datuk Dr. Mashitah Syor Wujudkan Akademi untuk Wanita UMNO

Thursday, November 27, 2014

Datuk Dr. Mashitah Syor Wujudkan Akademi untuk Wanita UMNO


Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini mencadangkan supaya pergerakan Wanita UMNO mewujudkan sebuah akademi bagi  mengumpulkan golongan intelektual dari Wanita UMNO untuk diberi latihan dalam isu-isu berkaitan politik supaya mampu berdebat dengan Wanita dari kalangan DAP, PKR dan PAS. Bagi kami di #KLChronicle, kami rasakan cadangan yang diberikan oleh Datuk Dr. Mashitah ada benarnya dan akan memberi manfaat yang besar kepada Wanita UMNO. 


Penubuhan sebuah Akademi bagi sayap UMNO bukanlah suatu yang baru. Baru-baru ini, sayap Pemuda UMNO telah menubuhkan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Onn (AKHI). Tujuan penubuhan AKHI adalah untuk menjadi tempat bagi perkaderan politik yang menjadi pusat latihan umum untuk pemuda UMNO mencari pemimpin masa depan di kalangan Pemuda, mahasiswa dan profesional muda.

Cuba bayangkan, jika sayap Wanita selepas ini juga mempunyai Akademi kepimpinan mereka sendiri, sudah pasti UMNO sebagai parti tunjang orang Melayu akan bertambah kuat dan kukuh. Ini kerana, ahli akar umbi Wanita UMNO akan diberi penerangan dalam pelbagai isu semasa, latihan serta skill dalam debat serta pelbagai lagi "soft skills" untuk menarik minat Wanita untuk menyertai dan/atau mengundi UMNO Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang. 

Selain itu, akademi Wanita UMNO ini dapat melahirkan penceramah/pendebat yang berwibawa sehingga mereka ini (graduate Akademi) dapat berdebat secara ilmiah dengan pemimpin serta penyokong pihak pembangkang. Bagi kami ini adalah "spot on" . Ini kerana generasi muda zaman sekarang lebih berminat untuk pertama, menilai pemimpin melalui idea mereka dan kedua, memilih pemimpin melalui cara mereka menyelesaikan masalah. 

Dengan menjadikan debat sebagai satu "political culture", kami yakin dengan barisan kepimpinan kanan Wanita UMNO khususnya dan UMNO secara amnya, rakyat akan kembali semula kepada UMNO kerana yakin bahawa parti ini adalah parti yang dapat memimpin negara dalam mencapai kemajuan dan kemakmuran. 

Sebagai konklusi,kami rasakan cadangan Datuk Dr. Mashitah ini, jika dijadikan kenyataan dan diuruskan dengan baik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan,  Wanita UMNO akan menjadi lebih kuat dalam PRU yang akan datang. 

p/s: Apa kata Datuk Dr. Mashitah dilantik sebagai pengerusi Akademi Wanita UMNO? It is her idea anyway :)


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget