KL CHRONICLE: Akhirnya Ahli UMNO Berani Akui Kekuatan Cina hasil perniagaan haram

Friday, November 28, 2014

Akhirnya Ahli UMNO Berani Akui Kekuatan Cina hasil perniagaan haram

Perwakilan Umno dari seluruh negara yang mengambil bahagian mula berbahas pada hari ketiga Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.


Kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi dan pelacuran, kata perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said. 

Zaidi ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dihina kerana kegiatan itu berleluasa. 



"Kita tahu kekuatan Cina datang daripada bisnes haram seperti judi, pelacuran, tapi di mana pihak berkuasa. 

"Saya pergi Permatang Pauh saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas," katanya. 
Beliau berkata, dengan tindakan tegas, komuniti Cina sudah pasti akan takut kepada kerajaan. 

"Nasib baik kita tidak buat apa-apa, Kalau kita banteras aktiviti ini, mereka akan takut kepada kerajaan. 

"Kalau kita tidak ambil tindakan tegas kita akan dihina, ini kerana sikap pegawai kita sendiri," katanya. – 28 November, 2014.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

maae said...

Benda haram memang pilihan utama mereka. Tidak perlu bayar cukai, bisnes ikut kongsi gelap sendiri dan paling utama dapat mengawal pihak berkuasa terlibat dengan habuan wang ringgit, maklumat terkini dan kejayaan di raikan dengan keseronokan dunia.

Masaalah ini boleh berleluasa akibat perbuatan "tutup mata sebelah" , sepupu dajjal.

Penguatkuasa kita tiada tugasan tuntas ! Tangan mereka pula di gari... so how to work maaa...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget