KL CHRONICLE: Penganjur program sentuh anjing akhirnya bersuara

Friday, October 24, 2014

Penganjur program sentuh anjing akhirnya bersuara

Syed Azmi Alhabshi akan mengadakan sidang media esok berkenaan program anjurannya 'I Want to Touch a Dog' yang baru-baru ini menimbulkan kemarahan Melayu Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.


#KLChronicle : Kami cuma nak tahu siapa funder program "I want to touch a dog" ni. Bolehkah Syed Azmi kongsi bersama umat Islam siapa funder beliau? Kami yakin dan pasti beliau tidak berani kerana jika beliau membongkar rahsia ini beliau tidak akan diterima lagi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP dan PKR (Nurul Izzah)

Selepas hampir seminggu mendiamkan diri walaupun negara kecoh akibat program yang dianjurkannya Ahad lepas, penganjur 'I Want to Touch a Dog' muncul mengumumkan beliau akan mengadakan satu sidang media esok.

Syed Azmi Alhabshi akan menjelaskan kepada media isu yang timbul berhubung acara kontroversi yang diadakan di Petaling Jaya, yang menimbulkan kemarahan ramai orang Melayu Islam yang merasakan ia menghina agama itu.



Semalam, aktivis sosial itu akhirnya bersuara di media sosial dan menulis komen di laman Facebook yang dibuat khusus untuk program itu yang ditutup kepada orang ramai.

Melalui satu posting yang ditulis penganjur meminta peserta memadamkan gambar mereka semasa menyertai program itu, Syed Azmi meluahkan simpati kepada mereka yang menghadapi kesukaran.

“Saya minta maaf sangat kepada mereka yang sedang dalam kesusahan sekarang. Sungguh. Terima kasih kerana faham permintaan ini,” tulisnya di ruangan komen.

Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Syed Azmi menjawab, “Hello. Saya okay. Maaf, sibuk menguruskan beberapa projek spontan yang saya rancang untuk mulakan esok." – 24 Oktober, 2014.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

profit said...

May ALLAH bless you Syed Azmi for the goodwork you have done.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget