Tan Sri Isa Samad telah membawa banyak perubahan kepada FELDA dan FGV |
#KLChronicle : Kami di KLChronicle akan memberikan pendapat kami mengenai perkara ini dalam masa terdekat. Secara ringkasnya, kami berpendapat bahawa langkah FELDA ini adalah satu langkah yang wajar dan sesuai pada masanya. Tan Sri Isa Samad kini dilihat sebagai salah seorang pengerusi GLC yang "in sync" dalam memastikan agenda pembangunan negara tercapai. Ini berbeza dengan pengerusi - pengerusi GLC yang lain dimana mereka lebih pentingkan keuntungan daripada membantu kerajaaan. Tahniah Tan Sri Isa Samad!
Felda akan membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara untuk generasinya dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Beliau berkata projek itu akan dimulakan selepas semua pengurusan pinjaman, sistem pembelian dan faktor lain di selesaikan.
“Kita perlu tentukan anak-anak Felda yang layak memiliki rumah, institusi kewangan boleh beri pinjaman dan sistem pembelian dikaji,” katanya selepas majlis graduasi Maktab Rendah Sains Mara Felda Kampus Tun Abdul Razak Ke-5 di sini, hari ini.
Seramai 199 pelajar menerima sijil selain 30 orang diberi Anugerah Penghormatan, Anugerah Penghormatan Pengetua Tingkatan Lima (56) dan Anugerah Akademik Gemilang Tingkatan Lima (42).
Mohd Isa berkata Felda akan mengkaji semua faktor itu dalam tempoh dua bulan ini sebelum membuat keputusan mengenai projek itu.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat supaya setiap tanah rancangan Felda dibina perumahan itu supaya generasi baharu bermastautin di kawasan berkenaan.
“Ada anak-anak Felda yang berminat tinggal di tanah rancangan tetapi masalahnya adalah kediaman. Perdana Menteri minta Felda laksanakan perumahan bagi generasi baharu,” katanya.
Ditanya mengenai pembinaan 2,000 unit rumah mampu milik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk generasinya yang menetap dan bekerja di ibu kota, Mohd Isa berkata projek itu masih dalam peringkat perancangan.
“Kita akan mencari lokasi lain yang sesuai untuk membina rumah mampu milik kerana kawasan itu sesak jika ia dibina dalam satu kawasan,” katanya.
Ditanya mengenai pengeluaran produk nano karbon ‘graphene’, FGV Cambridge Nano System Ltd (FGV-CNS), Mohd Isa berkata pengeluaran produk itu dijangka bermula hujung tahun ini apabila kilang siap dibina di Norwich, England, pada November ini.
“Apabila kilang siap, lebih banyak syarikat dijangka berminat membeli nano karbon kerana nilai dan permintaannya yang tinggi,” katanya.
FGV-CNS ialah usaha sama antara Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dengan CNS, syarikat tempatan di England, di mana FGV memiliki 70 peratus saham dalam syarikat usaha sama itu.
Graphene dikenal pasti sebagai bahan yang dapat menawarkan prestasi terbaik dalam pelbagai aspek kerana ia merupakan sebatian terkuat, paling nipis dan kristal anjal serta dapat membawa arus elektrik lebih baik daripada bahan sedia ada.
1 comment:
Inovasi Felda menjana tenaga alternatif juga amat relevan.
Penggunaan untuk janakuasa sendiri dan otomotif. Pasaran otomotif meningkat. Amat rugi jika Felda tidak 'advance' dalam sektor ini yang di lihat tidak berapa aktif selaras kepakaran sumber manusia Felda miliki.
Unit-unit rumah jangan lah mensasar generasi Felda sahaja. Mesti menyeluruh dan limpahan di nikmati masyarakat setempat dengan kemudahan prasarana Bandar Melayu Moden. Dengan cara ini akan bertambah juga Melayu yang berusaha(Usahawan) dan berniaga (Peniaga).
Paling penting, mewujud Komuniti Melayu Pelbagai Sektor ekonomi dan pekerjaan.
Post a Comment