KL CHRONICLE: Warga Selangor Mahu @khalid_ibrahim Kekal, Tidak Setuju dengan tindakan PKR dan DAP

Friday, August 15, 2014

Warga Selangor Mahu @khalid_ibrahim Kekal, Tidak Setuju dengan tindakan PKR dan DAP

Khalid (left) and Ahmad Yakob
TSKI mendapat sokongan dari PAS
Penghuni flat kos rendah di Taman Kem, Pelabuhan Klang bimbang harapan mereka untuk mendapat rumah yang lebih baik dan lebih selamat akan terkubur dengan usaha PKR.

Sementara itu, penduduk di Petaling Jaya yang membantah Lebuhraya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) yang akan dibina di kawasan kejiranan mereka khuatir jika menteri besar baru tidak dapat menyelesaikan masalah mereka.



Ini sebahagian contoh kebuntuan dalam krisis menteri besar Selangor memberi kesan dan akan terus membadai kehidupan rakyat biasa di negeri terkaya di Malaysia itu.

Sentimen terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kekeliruan terhadap rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar itu menunjukkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) Selangor semakin menurun selepas memenangi negeri itu untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum 2013.

Keputusan Khalid memecat exco daripada PKR dan DAP pada Selasa mengakibatkan berakhirnya kerajaan PR di Selangor serta-merta.

Beliau mengekalkan empat exco PAS kerana menyangka mendapat sokongan mereka, tetapi semalam, dua daripada mereka juga menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan parti untuk menggantikan Khalid.

Sampai bilakah kerajaan begini mampu bertahan? Ia masih menjadi tanda tanya selepas PAS hanya akan menyatakan pendiriannya pada Ahad ini.

Menyaksikan drama ini, ramai yang bingung mengapa PR bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Khalid yang menonjolkan ciri kepimpinan jujur, berdisiplin dan mengepalai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. 

Pada masa sama, wujud kesangsian terhadap Dr Wan Azizah.

PR mempunyai tugas besar di hadapan dalam meyakinkan rakyat Selangor tentang cadangannya menukar ketua eksekutif negeri popular itu.

Niat murni, pelaksanaan lemah

Mendengar berita Khalid akan disingkirkan, Jafri tidak henti menerima panggilan telefon daripada jiran yang mahu penjelasan lanjut mengenai khabar itu.

Sejak lima tahun lalu, penduduk Taman Kem, taman perumahan berusia 30 tahun, penuh sabar bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan semula kejiranan mereka.

Pada 1970-an, flat empat tingkat itu dibina untuk penduduk setinggan yang tinggal di pondok usang di tanah kerajaan bertentangan jalan menuju ke pelabuhan.

Namun selepas 30 tahun, siling dan lantainya mula pecah yang membolehkan air hujan masuk ke dalam rumah mereka. – 15 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget