Malaysia berjaya meraih pingat emas keenam di Sukan Komanwel ke 20 di Glasgow.
Dua pingat emas terakhir hadir melalui beregu badminton wanita dan lelaki negara.
Di Arena Emirates, Woon Khe Wei dan Vivian Hoo mengesahkan status juara baru selepas menewaskan juara bertahan dari India, Jwala Gutta dan Ashwini Ponnanppa dengan 21-17, 23-21.
Sementara beregu lelaki, Tan Wee Kiong dan Goh V-Shem berjaya menewaskan beregu Singapura, Danny Chrisnanta dan Chayut Triyachat, 21-12, 21,15.
Pada pencapaian lalu, emas badminton dalam acara beregu sebelum ini adalah menerusi Ang Li Peng-Lim Pek Siah pada 2002 dan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pada 2006.
Sebelum Sukan Komanwel ditutup secara rasmi, Malaysia mendapat enam emas, tujuh perak dan enam gangsa.
Sebelum ini, kontinjen negara mensasarkan tujuh emas.
No comments:
Post a Comment