Wednesday, August 20, 2014
Sekali Lagi Exco PAS pertahan @Khalid_ibrahim dari Fitnah PKR
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan serta fitnah PKR bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan pentadbiran kerajaan negeri secara bersendiri.
Sambil menyifatkan Khalid sebagai sangat berhati-hati dan bertanggungjawab berkaitan soal kewangan, katanya beliau tidak pernah melihat Khalid membuat sebarang keputusan tanpa berunding lanjut dengan Exco terlebih dahulu.
"Daripada pengalaman saya, apa saja keputusan yang dibuat olehnya (Khalid), semua mesti tentang kebaikan rakyat sebab dia akan tanya butiran sama ada ia akan beri manfaat pada rakyat," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Halimah berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu, tuduhan serta fitnah PKR terhadap MB itu lebih berkaitan dengan masalah dalaman parti itu.
"Kami berada dalam situasi ini (kemelut politik Selangor), kami (Exco PAS) tidak mahu perkara ini berlaku... bila sudah berlaku, kami sekarang kena pastikan kerajaan stabil dan kakitangan kerajaan tidak huru-hara untuk memastikan ia (pentadbiran) berjalan lancar," katanya.
Halimah berkata sejak enam Exco daripada PKR dan DAP dipecat minggu lepas, kerajaan negeri kini membuat sebarang keputusan berkaitan portfolio keenam-enam Exco tersebut secara kolektif menerusi mesyuarat yang dijalankan sepanjang minggu.
Usaha itu adalah untuk memastikan urusan dan perancangan kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa termasuk semua projek pembangunan serta pentadbiran kewangan, katanya.
9 Ogos lepas, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memecat Khalid daripada parti malah MB itu disifatkan sebagai 'open defiance' atau menunjukkan keingkaran secara terbuka.
Antara keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang didakwa diingkari Khalid adalah menangguhkan proses dan perbincangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, MB, Exco dan Adun Selangor.
Halimah berkata dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid pernah membentangkan perkara tersebut ketika mesyuarat Exco malah menyatakan isu berkenaan telah berlarutan sejak lima tahun lepas. – Bernama, 20 Ogos, 2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kita lantik Khalid jadi PM ganti Najib bagaimana setuju tak?
Khalid mempunyai rekod cemerlang dalam menguruskan ekonomi.
Nanti Anwar lg sng nak kacau...
Ha..btoi2 tu gadiss rupawan..
Post a Comment