KL CHRONICLE: Nasrudin @tantawi100 tidak terima notis saman @cmLimGuanEng

Sunday, August 17, 2014

Nasrudin @tantawi100 tidak terima notis saman @cmLimGuanEng

Sampai sekarang @cmlimguaneng tak saman, takut kah?

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata beliau tidak menerima sebarang notis tindakan undang-undang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaannya mengenai pembinaan terowong dasar laut di negeri itu diberi kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.



Sambil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan itu, Nasrudin berkata beliau juga bersedia berdepan saman itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Kemerdekaan anjuran PAS Pusat di Padang Temerloh Jaya, hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata beliau membuat penjelasan berhubung kenyataannya itu dan tidak berniat membuat tuduhan kepada sesiapa.
Sementara itu, Mohamad berkata ketegangan membabitkan Nasrudin dan Lim adalah isu peribadi. – Bernama, 16 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget