Video diatas merupakan video Hari Raya yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad dimana ia menceritakan pengorbanan pemandu bas syarikat RapidKL yang terpaksa bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk menjalankan tugas mereka membawa warga kota mencari rezeki dan anak kecil ke sekolah setiap pagi tanpa gagal.
Ada diantara pemandu Bas RapidKL yang terpaksa mengorbankan hari jadi anak bagi mencari rezeki, seterusnya menjadikan hubungan antara ayah dan anak renggang serta berjauhan. Saya rasa tidak perlulah saya bercerita panjang lebar, lihat sajalah video tersebut dan hayati pengorbanan seorang pemandu Bas RapidkL yang berkorban segalanya untuk kesenangan kita semua.
No comments:
Post a Comment