KL CHRONICLE: Jawapan Balas kepada @PenaTanahMelayu @Sangkakala78 dan 3 Soalan Tambahan untuk Noh Omar

Sunday, August 17, 2014

Jawapan Balas kepada @PenaTanahMelayu @Sangkakala78 dan 3 Soalan Tambahan untuk Noh Omar

Noh Omar, digugurkan daripada Menteri untuk beri lebih perhatian kepada Selangor?

Saya mengucapkan terima kasih kepada pertama sekali blogger Pena Tanah Melayu yang telah menjawab tiga soalan saya kepada Noh Omar dan War Room UMNO Selangor dengan sangat pantas. Saya rasa tindakan yang dilakukan oleh Pena Tanah Melayu patut diambil contoh oleh blogger-blogger berbayar Selangor yang lain. Persoalan saya kepada Noh Omar boleh dibaca disni [Noh Omar]

Jawapan blogger Pena Tanah Melayu adalah seperti dibawah:



Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) bukan terikat dengan mana-mana Parlimen pun, sebagai Pengerusi tiada halangan atau sekatan bagi beliau untuk berbuat demikian tambahan pula untuk menolak fitnah yang dilemparkan, Ketua Bahagian Klang turut serta dalam lawatan itu.

Lawatan beliau berkenaan aduan penduduk yang risau akan keselamatan mereka dan keluarga memang patut diambil berat oleh Pengerusi MTPNS selaku badan yang bertanggungjawab. Jadi tiada persoalan pun kat situ.

Langkah yang dilakukan oleh DS Noh dianggap tentangan terbuka kepada TS Khalid atau sabotaj bukan alasan untuk yang sesuai untuk soalan “geli-geli” ini. Ini masalah rakyat dan aduan telah dibuat, tidak timbul soalan siapa sabotaj atau menentang sebaliknya siapa yang mahu selesaikan masalah itu?

Blogger Pena Tanah Melayu telah jelaskan bahawa Noh Omar merupakan Pengerusi MTPNS, jawatan seperti seorang "Menteri Besar dilantik" yang bertanggungjawab di Selangor walaupun Barisan Nasional kalah teruk pada PRU-13 lepas. Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Noh Omar pada 21 August 2013 [DISNI] . Noh Omar telah menggariskan fungsi dan tanggungjawab MTPNS seperti berikut:

Mengulas mengenai fungsi MTPNS serta peranan pengerusi penyelaras pelaksanaan pembangunan kerajaan pusat di Selangor, Noh berkata perhatian penuh akan diberikan terhadap mana-mana projek atau program yang dilaksanakan sebelum ini terbengkalai, lewat disiapkan atau terpaksa ditender semula.

Selain itu, setiap projek kerajaan pusat di Selangor haruslah dilaksanakan dengan sempurna dan dibuat secara telus iaitu dibuat secara tender terbuka dan bukannya secara rundingan terus, katanya.

Persoalan tambahan saya sekarang, sebagai seorang yang bekerja untuk saya (Noh Omar dibayar gaji oleh pambayar cukai macam saya), bolehkah saya tahu :

1. Berapa projek kerajaan persekutuan yang terbengkalai, lewat disiapkan atau terpaksa ditender semula?

2. Berapakah project bermasalah ini yang telah diberi perhatian oleh MTPNS yang dipengerusikan oleh Noh Omar?

3. Berapakah project bermasalah ini telah disiapkan sepenuhya?

Saya cuba mencari maklumat berikut di internet, tetapi website Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor pun tidak ada. Mungkin kerajaan negeri boleh mengambil sahabat Pena Tanah Melayu untuk menjadi admin, baru beliau boleh belanja saya minum :) 

Kepada blogger artis dan yang famous kerana video seksnya Sangkakalajari9, usah pandang sinis persoalan yang diutarakan. Saya tahu saudara terlibat dengan UMNO Selangor tetapi persoalan yang diutarakan juga dikatakan oleh pelbagai pihak lain. Kalau sangkakalajari9 tidak mahu jadi jaguh kampung, apa kata pergi ke website The Malaysian Insider dan pertahankan sekali Noh Omar. 

Saya sertakan print screen komen pembaca The Malaysian Insider terhadap Noh Omar, Pengerusi UMNO Selangor:



P/S: Sejak main cerita Awie dan video seks ni ranking naik x bro? :)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget