KL CHRONICLE: Tiga Soalan Saya Kepada Noh Omar dan War Room UMNO Selangor

Friday, August 15, 2014

Tiga Soalan Saya Kepada Noh Omar dan War Room UMNO Selangor


Nampaknya Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar kini cuba mengambil peluang kemelut di Selangor untuk score some political points. Beliau telah mengadakan lawatan ke beberapa rumah pangsa di Pelabuhan Kelang untuk melihat dan menilai kerosakan yang dialami penduduk. Bagi saya eloklah macam tu, cuma persoalan saya sekarang:



Pertama sekali Noh Omar ni Ahli Parlimen kawasan mana? Adakah beliau Ahli Parlimen di kawasan Pelabuhan Kelang atau pun beliau Ahli Parlimen Tanjung Karang?

Kedua apa motif utama lawatan Noh Omar ke Pelabuhan Kelang? Umum ketahui Tan Sri Khalid Ibrahim adalah ADUN Pelabuhan Kelang. Adakah Noh Omar cuba mensabotaj sokongan UMNO kepada TSKI dengan membuktikan TSKI seorang ADUN yang "tidak buat kerja"

Ketiga adakah langkah yang dilakukan oleh Noh Omar ini merupakan satu tentangan terbuka kepada arahan Timbalan Presiden UMNO supaya UMNO Selangor memberikan sokongan tanpa syarat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim? Ini dilakukan dengan cuba memberi persepsi bahawa Khalid Ibrahim seorang ADUN yang tidak bagus dan sokongan UMNO kepada TSKI adalah salah?

Saya memohon agar Noh Omar dapat menjawab persoalan ini, atau pun mungkin mana-mana blogger Selangor dapat membantu beliau memandangkan Noh Omar sendiri sudah declare "war room" UMNO Selangor telah bersedia menghadapi Pilihanraya Negeri. Jadi dengan ini lets see how good is UMNO Selangor's cyber war room is tackling this questions that I have raised.


2 comments:

Unknown said...

1- Noh Omar adalah pengerusi majlis tindakan persekutuan neg sgor yg dilantik oleh kjaan federal utk membantu menjaga kebajikan rakyat dan pembangunan di sgor. Oleh itu tanggungjwp dia bukan hanya di parlimen tg karang tapi seluruh sgor.

2- motif lawatan adalah respond drpd artikel yg dikeluarkan oleh Sinar Harian berkenaan masalah dikwsan flat tersebut. Bro, sila rujuk http://www.sinarharian.com.my/mobile/takkan-nak-tunggu-sampai-flat-runtuh-1.307292

3- Seingat sy Noh Omar pun ada turun ke kwsan lain kalau ada masalah terutama bila didedahkan dlm akhbar. Kalau masih ingat banjir kilat di Gombak yg tenggelamkan UIA..masalah lift rosak di Desa Mentari dan kenaikkan sewa flat kos rendah di Kota Damansara..cuba2 lah buat kaji selidik tentng apa yg sy katakan. Mgkn akan lebih faham.

4- Tak timbul tentangan terbuka kpd TPM tntng sokongan kpd TSKI sbb pendirian umno sgor jelas. Tidak akan masuk campur dlm konflik krisis PR. Jadi umno sgor bekerja seperti biasa membantu rakyat. Takkan sebab masalah dalaman PR, umno sgor kena berhenti bekerja dan tggu sehingga masalah PR selesai..itu bukan cara yg betul..

SHUKRI SURATMAN said...

Suka sangat berspekulasi pun menyusahkan UMNO jugak... Sendiri kurang berpengalaman dan tak cukup info... Sibuk nak suruh orang jawab... Fahamkan peranan pemimpin... Bukan sibuk nak lagakan pemimpin...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget