Apa la cerita aku nak bagi pulak sekarang kat Macai Pembangkang |
Anwar yang ketika ini dalam proses rayuan kes liwat II menuduh membabi-buta Umno dan media di bawah kawalan parti itu mula menyerang peguam N Surendran, yang mewakilinya dalam kes tersebut.
"Sejak tarikh rayuan ditetapkan, Umno bahagian seluruh negara membuat laporan polis terhadap Surendran yang merupakan peguam dalam rayuan fitnah II.
"Antaranya, pemimpin Umno Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara terbuka menggesa supaya semua Umno bahagian membuat laporan polis, manakala media Umno Utusan Malaysia dalam editorialnya juga mendesak tindakan segera ke atas peguam saya," kata Anwar dalam satu kenyataan.
Anwar sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat II dan sedang menunggu proses rayuan yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Surendran yang juga naib presiden PKR menerima tekanan ekoran kenyataannya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes membabitkan anak guamnya tersebut.
Mukhriz yang juga pengerusi BN Kedah meminta semua pihak membuat laporan polis susulan tindakan Surendran yang didakwa menghina mahkamah apabila membuat kenyataan melalui saluran laman sosial menuduh mahkamah mengikut telunjuk Najib yang kononnya mengarahkan institusi penghakiman itu mempercepatkan kes pendakwaan terhadap Anwar.
Namun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertahankan kenyataan Surendran kerana itu adalah haknya.
"Peguam saya berhak dan bertanggungjawab untuk bercakap mengenai penglibatan Najib dalam konspirasi kedua ini.
1 comment:
Memang sah keje umno
Post a Comment