KL CHRONICLE: Kini @KhalidSamad mohon beri penjelasan kepada Sultan Selangor Pulak Dah

Wednesday, July 16, 2014

Kini @KhalidSamad mohon beri penjelasan kepada Sultan Selangor Pulak Dah



Setelah dimurkai oleh Sultan Selangor, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS Khalid Samad kini memohon untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya sebelum ini yang mahu mengehadkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid berkata, beliau akur dengan apa yang dititahkan Sultan Selangor semalam maka pertemuan bersama pembesar negeri itu penting supaya persefahaman di antara kedua-dua pihak tercapai.



"Saya terima dan akur dengan semua teguran baginda terhadap saya.

“Saya harap dapat mengadakan pertemuan dengan baginda untuk mendengar sendiri pandangannya selain saya memberikan penjelasan," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin meluahkan rasa kesal dan dukacita baginda terhadap sikap Khalid kerana mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS selain mencadangkan kerajaan negeri supaya mengehadkan kuasa majlis itu.

Baginda bertitah, walaupun Khalid bukan anak jati Selangor, namun ahli Parlimen PAS itu harus mendalami sejarah dan undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.

"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang,”  titah baginda semasa berucap di Masjid Pekan Sepang semalam.

Baginda turut memberi amaran kepada Khalid supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

"Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais dalam menasihati beta mengenai agama Islam," kata baginda.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget