KL CHRONICLE: Akhirnya, PAS Akui tidak cadang lantik wanita sebagai MB, kata exco Selangor

Wednesday, July 16, 2014

Akhirnya, PAS Akui tidak cadang lantik wanita sebagai MB, kata exco Selangor

Langkah PKR untuk menamakan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor terhalang kerana PAS sebagai parti dalam Pakatan Rakyat tidak bercadang pilih wanita sebagai calon. Gambar fail The Malaysian Insider.
PAS tidak mahu wanita sebagai Menteri Besar
Akhirnya, PAS mengakui bahawa parti itu tidak bercadang memilih wanita sebagai menteri besar memandangkan konsensus setakat ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat, dan keputusan itu dilihat mengekang sebarang langkah PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam Selangor Dr Yunus Khairi daripada PAS bagaimanapun berkata, isu ‘uzur’ wanita tidak boleh menjadi pemimpin utama bukan alasan golongan wanita tidak boleh diberikan tempat dalam pentadbiran negeri.

"Setakat ini, kita (PAS) tidak sampai peringkat mencadangkan wanita sebagai menteri besar dan sebagainya.



"Jika sebagai wakil rakyat memang kita ada konsensus yang kita putuskan wanita juga boleh bertanding (pilihan raya)," katanya, ketika ditemui pemberita selepas program bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Sepang, Selangor malam tadi.
Yunus berkata, soal melantik Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memerlukan pendapat kolektif parti Pakatan Rakyat (PR) yang diangotai PAS.

"Soal beliau (Wan Azizah) layak atau tidak untuk menjadi menjadi menteri besar, itu satu soal kolektif yang lain.

Kenyataan PAS ini susulan daripada kenyataan pakar perundangan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang dilaporkan akhbar New Straits Times semalam berkata, melantik menteri besar wanita tidak praktikal kerana golongan itu mempunyai halangan menunaikan tuntutan rasmi agama dengan atau mewakili pemerintah Melayu.

Beliau berkata, disebabkan perkara itu, tiada kerajaan negeri, sama ada sebelum mahupun selepas merdeka melantik wanita sebagai menteri besar.

"Menteri besar wanita perlu menunaikan tanggungjawab agama dengan atau mewakili pemerintah Melayu, dan itu bakal menjadi halangan apabila beliau datang bulan," katanya ketika dihubungi akhbar New Straits Times ketika mengulas mengenai Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar disebabkan sensitiviti agama.

Bagaimanapun, Hafarizam berkata, beliau tidak menyebut Wan Azizah, 61, masih lagi dengan kitaran uzur dan tidak layak dilantik menjawat jawatan itu.

Langkah Kajang yang dicetuskan PKR baru-baru ini bertujuan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Khalid turut menerima tekanan daripada pemimpin PKR sendiri apabila ada antara pemimpin mereka secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget