KL CHRONICLE: Isu Laluan Penerbangan #MH17 dan Bukti Kenapa Malaysiakini & Malaysian Insider Menipu

Saturday, July 19, 2014

Isu Laluan Penerbangan #MH17 dan Bukti Kenapa Malaysiakini & Malaysian Insider Menipu


Saya merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh portal pembangkang Malaysiakini dan Malaysian Insider yang cuba memberikan persepsi bahawa pesawat MAS MH17 telah melalui kawasan penerbangan larangan dan sepatutnya menukar arah penerbangan bagi semua perjalanan dari Eropah ke Asia Tenggara ke laluan yang lain.

Bagi saya, artikel yang dikeluarkan oleh portal pembangkang ini tidak tepat dan hanya mahu mempolitikkan tragedi #MH17 dengan memburukkan pihak kerajaan. 




Jika dilihat dari peta yang dikeluarkan oleh akhbar The New York Times, anda dapat lihat bahawa terdapat pesawat yang menggunakan laluan yang sama, pada hari yang sama pesawat MH17 ditembak oleh pengganas Russia. Peta tersebut menunjukkan bahawa pesawat:

1. Malaysia Airlines (Malaysia)
2. KLM (Netherlands)
3. Lufthansa (German)
4. Thai Airways (Thailand)

juga telah melalui "route" yang sama. Oleh itu tuduhan Malaysiakini. The Malaysian Insider, Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda PAS Pusat) bahawa MAS membahayakan nyawa penumpang dengan terbang di kawasan larangan adalah sama sekali tidak tepat, bohong dan berniat jahat dengan niat hanya untuk memburukkan nama baik MAS dan kerajaan. Saya berharap pembangkang dapat memberhentikan serangan jijik dan keji ini sambil menunjukkan solidariti bersama kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam melalui saat genting ini. Terima Kasih. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget