KL CHRONICLE: Gol Mario Goetze julang Jerman raih Piala Dunia tewaskan Argentina

Monday, July 14, 2014

Gol Mario Goetze julang Jerman raih Piala Dunia tewaskan Argentina


Pemain gantian, Mario Goetze membawa Jerman menjulang Piala Dunia 2014 apabila jaringannya pada minit 113 di masa tambahan menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0 dalam final Piala Dunia di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro, Brazil awal pagi tadi.




Kemenangan itu juga meletakkan Jerman melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di bumi Amerika Selatan dan mengulangi kemenangan ke atas Argentina pada 1990.

Jerman yang kali terakhir layak ke final pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan sebelum tewas kepada Brazil dengan jaringan 2-0 kelihatan memulakan aksi dengan begitu berhati-hati sambil Argentina melakukan asakan bertubi-tubi ke pintu gol Jerman.

Dibarisi pemain terbaik seperti Lionel Messi di sepak mula, Argentina memiliki barisan pemain terbaik dalam sejarah.

Pemenang pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali, mensasarkan kemenangan pada hari ini sangat penting buatnya.

Bagi Jerman, pasukan yang diketuai Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger dahagakan kemenangan setelah 20 tahun menanti.

Aksi pada separuh pertama banyak memperlihatkan serangan-serangan daripada kedua-dua pasukan.

Argentina pada satu ketika begitu menguasai permainan dan Gonzalo Higuain memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol hantaran Ezequiel Lavezzi namun pembantu pengadil terlebih dahulu mengesan pergerakan 'offside' oleh Higuain.

Jerman juga hampir berjaya menembusi gol Argentina apabila tandukan Benedikt Howedes melalui satu sepakan sudut terkena tiang gol dan melantun keluar.

Separuh masa kedua dimulakan dengan Argentina membuat serangan bertubi-tubi kearah pintu gol Jerman namun berjaya dikawal oleh pertahanan kental Jerman yang diketuai oleh Philipp Lahm.

Peluang terbaik Argentina tiba apabila Lionel Messi hanya berhadapan dengan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer melepaskan rembatannya namun percubaannya itu tersasar.

Penyerang veteran Jerman, Miroslav Klose akhirnya dikeluarkan dan digantikan dengan Mario Goetze dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan kemudian berlanjutan ke masa tambahan dan penyerang Argentina Rodrigo Palacios yang dimasukkan menggantikan Gonzalo Higuain berdepan peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun sekali lagi lambungan bolanya yang melewati Neuer tersasar ke tepi gol.

Mario Gotze

Namun pada ke 113 masa tambahan, pemain tengah Jerman, Mario Gotze akhirnya berjaya meletakkan Jerman dihadapan dengan jaringan cantik memperdayakan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat perlawanan.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer dianugerahkan ‘Golden Gloves’ sebagai penjaga gol terbaik kejohanan manakala penyerang Argentina, Lionel Messi dianugerahkan ‘Golden Ball’ sebagai pemain terbaik keseluruhan kejohanan.

Pemain muda Colombia, James Rodriguez dinobatkan sebagai ‘Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014’ dengan enam gol sepanjang kejohanan itu berlangsung manakala pasukannya iaitu Colombia diberikan ‘Anugerah Fair Play 2014’.

Dengan kemenangan ini, Jerman kini telah menjadi juara Piala Dunia sebanyak empat kali iaitu pada 1954, 1974, 1990 dan 2014 manakala Argentina kekal sebanyak dua kali iaitu pada kali terakhir dimenangi pada 1986.

Piala Dunia yang berikutnya akan berlangsung pada tahun 2018 di Rusia.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget