Malah, ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, keputusan sudah pasti memihak kepada Dyana Sofya jika tarikh pengundian dilakukan pada hari ini (Ahad).
"Jika 400 pengundi luar atau 1% daripada 40,236 pengundi keluar mengundi di Teluk Intan, Dyana Sofya akan menjadi ahli Parlimen Teluk Intan hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.
Lim berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi luar tidak mempunyai masa untuk pulang ke Teluk Intan kerana ia diadakan pada Sabtu.
"Jika PRK Teluk Intan diadakan hari ini, Ahad, pengundi sudah pasti boleh pulang ke Teluk Intan untuk mengundi dan keputusannya sudah pasti berbeza.
"Kita mesti belajar daripada kesilapan kita," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Gerakan, Datuk Mah Siew Keong atas kemenangan beliau.
"Dyana mungkin tewas dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei, tetapi apa yang penting, kehadirannya mewakili Malaysia baru untuk memenangi perjuangan hari esok dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap politik baru.
"Perjuangan mencapai impian rakyat Malaysia diteruskan bermula semalam," katanya.
Mah menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi, menjadikan beliau memenangi kerusi berkenaan sekali gus menjadi ahli Parlimen Teluk Intan. – 1 Jun, 2014.
1 comment:
Dyana /Ibu Dyana dan besar kemungkinan ada di kalangan keluarga Dyana tidak menerima dasar BN terutama UMNO untuk membantu Melayu / Bumiputra danya ingin menghapuskan institusi yang ada kaitan dengan Melayu/Bumiputra selaras dengan dasar parti yang mereka sokong. Dengan itu disarankan supaya beliau memulangkan apa-apa juga faedah yang telah dan sedang dinikmati oleh beliau seperti bantuan pendidikan MARA /ASN/ASB jika ada. Ini kerana beliau membenci dasar kerajaan BN maka wajar beliau pulangkan balik kepada pihak berkenaan.
Post a Comment