Saya merujuk kepada artikel yang ditulis oleh blogger The Unspinners [http://theunspinners.blogspot.com/] yang bertajuk "Sendiri bodoh main isu hudud tapi kata PAS tak sokong hudud" Saya sendiri pernah menulis pasal isu [DISINI] ini dimana pihak UMNO Selangor telah fumble big time apabila mereka mengusulkan pertanyaan, agar hudud dibincangkan dan dibahaskan di DUN Selangor bagi memerangkap PAS dan DAP. Malangnya, this cheeky attempt by UMNO Selangor backfired tremendously when the speaker accepted the motion.
Pertama sekali, what is the purpose of submitting this question to the state assembly?
Jika saya lihat dari blog sangkakala [http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/06/sah-blogger-bangang-cuba-nak-dapatkan.html] beliau mengatakan:
"Tidak ada perangkap untuk memerangkap sesiapa dalam kes kononnya usul yang ditarik semula oleh ADUN BN Selangor dan jelas sekali bahawa jika dibawa sekalipun maka ianya tidak akan diberikan undi oleh ADUN PAS yang lebih risau tentang kedudukan mereka dalam pakatan dan kerajaan Selangor"
Perenggan diatas jelas contradictory pertama kata tidak ada hendak perangkap atau memerangkap sesiapa tapi dalam perenggan yang sama kata bahawa "usul tidak akan diberikan undi oleh ADUN PAS" jadi jelas sekali usul ini adalah untuk memerangkap PAS berkaitan hal hudud tetapi backfire big time.
Pakatan Rakyat Selangor, for all their fumble in the water issue looks like to be a step ahead of UMNO Selangor when it comes to issues in the State Assembly. Hannah Yeoh, as the state speaker also managed to "checkmate" UMNO Selangor apabila beliau terima usul hudud yang dibawa. Kan UMNO dah malu.
Bukan itu sahaja, selepas Dewan Negeri menerima usul untuk dibahaskan, UMNO Selangor buat pula U-Turn dan tarik balik usul. Ini seolah-olah mempermainkan institusi dewan negeri yang mulia. Persepsi yang saya lihat ialah:
- UMNO Selangor tidak fikir betul-betul semasa membentangkan pertanyaan Hudud
- Speaker Dewan terima usul
- UMNO Selangor buat U-Turn tarik balik usul
Yang nampak bagus adalah Pakatan Rakyat sebab nampak terbuka menerima usul dari pihak pembangkang (UMNO) , yang nampak bodoh UMNO sebab tak plan betul-betul strategy dalam dewan negeri. Mungkin masa untuk tukar pengerusi perhubungan negeri. Eloklah dah digugurkan dari jawatan Menteri, lepas ni bagi jelah orang lain yang muda take over dan rejuvenate UMNO Selangor.
2 comments:
Terbaik Bro.
Terbaik Bro.
Post a Comment