KL CHRONICLE: BN Selangor Buat U-Turn, Shamsuddin Lias Kenapa Pendek Akal?

Friday, June 13, 2014

BN Selangor Buat U-Turn, Shamsuddin Lias Kenapa Pendek Akal?


Barisan Nasional (BN) Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias.

Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki menyerahkannya kepada Speaker Hannah Yeoh.



"Itu bukan Rang Undang-Undang (RUU). Ia cuma usul bertanya kepada kerajaan negeri sama ada mereka hendak melaksanakan hudud atau tidak," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Katanya, penarikan usul itu merupakan perkara amalan biasa bagi mana-mana parti dalam DUN.

"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," katanya.

Namun katanya, wakil rakyat BN akan membangkitkan isu hudud ini semasa persidangan DUN yang bermula minggu depan.

Katanya, soalan akan diajukan kepada PAS mengenai komitmen mereka melaksanakan hukum hudud di Selangor selepas bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakannya di Kelantan.

Sementara itu, Yeoh pada sidang media hari ini berkata, tindakan beliau memberikan kebenaran kepada Umno mengusulkan isu hudud dibuat atas prinsip "berdebat sebagai budaya".

"Sebagai speaker, saya perlu ambil kedudukan yang tidak berpihak, apabila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat (PR).

"Perkara paling penting ialah sebagai speaker saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya. – 13 Jun, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget