KL CHRONICLE: Kini Selangor Pula arah JAIS pulang kitab Injil kepada PBM

Thursday, June 12, 2014

Kini Selangor Pula arah JAIS pulang kitab Injil kepada PBM


Selepas memohon maaf kepada Pertubuhan Bible Malaysia,  Kerajaan PKR negeri Selangor hari ini pula meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan semula kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) yang merupakan satu lagi tamparan buat umat Islam di Malaysia. 



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan mengarahkan Jais untuk memulangkan semula lebih 300 kitab itu.‎

"Kerajaan negeri meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Salehen Mukhyi dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk membantu Jais memulangkan semua barang kes tersebut," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalid, keputusan tersebut diambil selepas dinasihati Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri untuk bertindak sedemikian.
Khalid juga berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan PBM bagi menyelesaikan perselisihan yang timbul daripada kemelut rampasan itu.

"Salehen Mukhyi dan Jais juga diminta mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang terlibat khususnya PBM bagi menyelesaikan perselisihan pendapat secara baik dan adil demi keharmonian beragama yang dituntut dalam Islam dan agama-agama lain," katanya.

Semalam, Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Jais tersalah langkah dalam rampasan kitab Injil di Selangor Januari lalu dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut.

Gani berkata kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu bukan tulisan yang diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat PBM di Damansara.

Bekas Presiden PBM, Lee Min Chong dan Pengurus Pejabat PBM, Sinclair Wong juga ditahan dan dibawa ke balai polis, namun kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Serbuan Jais dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menghalang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan berbahasa Arab termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya-Allah"

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget