Tindakan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) mengambil jenazah seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara pengkebumian Cina telah mendapat pujian ramai orang Islam di sekitar Pulau Pinang.
Pegawai JAIPP tiba di Lebuh Macallum, di mana upacara perkebumian itu diadakan pada jam 1.20 petang, 20 minit selepas polis sampai ke tempat kejadian yang memaklumkan keluarga si mati agar menghentikan majlis itu.
Selepas beberapa jam berbincang, pegawai JAIPP membawa jenazah itu pada kira-kira jam 3.50 petang dengan sebuah van dan dihantar ke rumah mayat untuk penyiasatan lanjut.
Kejadian ini mengejutkan keluarga si mati yang tidak mengetahui pelayan Teoh Cheng Cheng, 38, sudah memeluk Islam.
The Star online melaporkan, Teoh memeluk Islam 17 tahun lalu dan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.
Ibunya Tan Ma Suan, 64, mempersoalkan mengapa Jaipp mengambil masa begitu lama untuk bertindak jika benar anaknya sudah memeluk Islam.
Dia bertanya, kenapa jabatan itu datang pada hari perkebumian dan berkata, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan itu.
Teoh meninggal dunia Sabtu lepas selepas jatuh di pangsapurinya.
No comments:
Post a Comment